(Video) Hati-Hati Warga Gombak, Kelibat Lelaki Telanjang Bulat Ceroboh Rumah Penduduk Berjaya Dirakam

Seorang lelaki mendakwa rumahnya telah dimasuki seorang perompak pada semalam, 3 Disember di Gombak, kira-kira jam 5 pagi.

Dakwa lelaki itu lagi, kejadian tersebut disedari oleh ibunya yang sedang bersiap untuk ke masjid sebelum mengejutkannya dari tidur pada jam 5.30 pagi bagi memeriksa keadaan sekeliling rumah.

Lelaki tersebut kemudian mendapati bahawa terdapat tanda-tanda rumahnya dipecah masuk pada bahagian pintu belakang rumah. Dia kemudiannya bertindak memeriksa di kawasan sekitar setelah mendengar bunyi seolah-olah orang sedang melarikan diri namun tidak menenmui sesiapa.

Didorong rasa tidak puas hati, dia bersama-sama ibunya kemudian meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumah namun apa yang ditemui sangat mengejutkan.

Berdasarkan rakaman CCTV tersebut, mereka mendapati kelibat seorang lelaki berkulit gelap tanpa pakaian yang dipercayai telah melarikan sebuah beg yang didakwa milik adiknya.

Lelaki tersebut bagaimanapun bersyukur kerana pencuri berkenaan tidak melakukan sebarang serangan keganasan terhadap mana-mana ahli keluarganya.

Ujarnya lagi, lokasi rumahnya terletak berhampiran dengan sebuah tadika dan bersebelahan dengan sungai selain turut menggesa orang ramai terutamanya yang tinggal di sekitar Gombak agar sentiasa peka dan berhati-hati dengan acaman pencuri tersebut.

Sumber : Yaze Dody



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...