Fenomena Supermoon Kembali Lagi, Dapat Disaksikan Pada Petang Ini

Hari ini rakyat Malaysia sekali lagi berpeluang untuk menyaksikan fenomena Supermoon atau perigee iaitu kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Pentadbiran Aeronatik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) yang mana bulan akan kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih terang ketika berada di kedudukan paling hampir dengan bumi.

” Masa untuk menyaksikan Supermoon bermula pada pukul 08:45 (GMT) 4 Disember (4.45 petang waktu Malaysia) ketika bulan berada 357,492 kilometer dari bumi,”jelas NASA


Walaupun begitu, pakar NASA, Lyle Tavernier menjelaskan bahawa ia mungkin tidak kelihatan sebesar yang disangka walaupun berada pada kedudukan paling hampir dengan Bumi.

“Perlu diingat bahawa peningkatan 14 peratus dalam saiz yang jelas boleh diliputi dengan tangan tidak akan menjadikannya kelihatan lebih besar. Membandingkan Supermoon dengan bulan penuh biasa dari ingatan adalah sesuatu yang sukar,” katanya.


Fenomena Supermoon akan berlaku apabila bulan berada pada kedudukan perigee ketika fasa purnama menyebabkan ia kelihatan seolah-olah lebih besar dari keadaan biasa. Namn, saiz bulan tidak berubah sama sekali dari segi fizikalnya.

Sumber: NBC News



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...