Terkini: Sah, Tan Cheng Hoe Dilantik Sebagai Ketua Jurulatih Harimau Malaya Yang Baru

Kuala Lumpur, 7 Dec – Penolong jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe, sah dilantik sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya yang baharu.

Perkara itu disahkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi laman Facebooknya sebelum ini.

“Kami ingin mengucapkan tahniah kepada Tan Cheng Hoe atas perlantikan beliau menjadi ketua jurulatih Harimau Malaya yang baharu.” tulis kenyataan itu.

Tan Cheng Hoe juga merupakan bekas jurulatih Kedah.

Semalam, Nelo Vingada membuat keputusan mengejut dengan meletak jawatan sebagai Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan.



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...