Rambut Perang Lurus Dan Mata Biru Menggoda, Kanak-Kanak Ini Diangkat Sebagai Tercantik Di Dunia Pada Usia 6 Tahun


Seorang kanak-kanak berusia 6 tahun dari Rusia diangkat sebagai ''Kanak-kanak Paling Cantik Di Dunia'', mengikut jejak langkah model Perancis, Thylane Blondeau yang pernah menyandang gelaran yang sama sebelum ini.

Anastasia Knyazeva sudahpun berjaya memikat hati ratusan ribu pemintanya di media sosial dengan rupa paras comel seakan-akan anak patung dan mata biru menggoda.


Bukan itu sahaja, dia kini sudah pun bergelar model kanak-kanak yang berjaya dan terlibat dengan pelbagai kempen termasuklah untuk Chobi Kids, jenama popular dari Rusia.

Kisah Anatasia ini mirip dengan prestij yang pernak dinikmati oleh Thylane, yang kini berusia 16 tahun apabila menjadi model paling muda yang terlibat dengan French Vogue.

Annastasia yang kini diuruskan oleh President Kids Management, telah pun berjaya mengumpul pengikut lebih daripada 500 ribu orang di akaun Instagramnya, yang dikendalikan oleh ibunya, Anna.

Anna secara konsisten telah memuat naik gambar-gambar anaknya apabila setiap kali terlibat dalam sesi fotografi.



Malah, setiap gambar yang dimuat naik tersebut menerima pelbagai komen dari seluruhdunia yang rata-rata memuji penampilan anggun Annastasia.

Ada yang memberi komen "Oh Tuhan, Saya rasa dia adalah kanak-kanak perempuan paling cantik di bumi''. Yang lain pula berkata, ''Betapa cantiknya mata itu''.

''Seolah-olah anak patung yang comel,'' kata seorang lagi pengikutnya.

Anna telah berkongsi gambar-gambar anaknya itu sejak Julai 2015 lagi, ketika Annastasia baru sahaja berusia 4 tahun.


Terkini, dia sudah pun menjadi model untuk pelbagai jenama besar di Rusia antaranya Amoreco and Kisabiano. Malah dia pernah diundi untuk menjadi muka Little Miss Aoki, satu jenama permainan mewah untuk kanak-kanak, Mischka Aoki, Oktober tahun lepas.

Malah ada juga dalam kalangan peminatnya yang beranggapan bahawa Annastasia satu hari nanti mampu mengambil alih posisi Irina Shayk, model terkenal Rusia yang mengecapi kegemilangan pada 2007 selepas muncul dalam Intimissimi.

Walaupun menerima pelbagai pujian, ada juga dalam kalangan pengikutnya yang mengkitik Anna kerana membenarkan Annastasia terlibat dalam dunia peragaan dan membiarkan kanak-kanak tersebul disolek pada usia yang sangat muda.


''Saya mahu tahu, seberapa banyak solekkan yang diberi untuk setiap gambar,'' kata salah seorang pengkritiknya.

''Kenapa dia tidak senyum? Dia masih kanak-kanak,'' kata yang lain pula.

Seorang lagi model muda Rusia, Kristina Pimenova, sebelum ini turut pernah mencetuskan kontroversi apabila digambarkan sebagai perempuan paling cantik di dunia hanya pada usia 9 tahun.

Dia yang kini berusia 11 tahun, pernah mengikat kontrak peragaan dengan LA Models di Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, tindakan ibunya yang mengedarkan beberapa gambar Kristina yang disifatkan sebagai 'provokatif' di media sosial telah mendapat kritikan orang ramai hingga merencatkan sedikit kariernya.

Namun begitu, Kristina tetap boleh berbangga pernah menjadi penghias muka depan Vogue Bambini pada usia 7 tahun dan beberapa lagi jenama terkenal dunia antaranya Roberto Cavalli, Dolce & Gabbana, Armani dan Benetton.

Sumber : Daily Mail

Post a Comment

0 Comments

loading...