Jom Kita Tengok Perbandingan Pakej Telko Huawei Mate 10 Dan Kenapa Ianya Lebih Menguntungkan Pada Anda Yang Sedang Mencari Fon Baru


Zaman sekarang ni telefon pintar sudah diletakkan dalam kategori keperluan asas. Telefon pintar bukan lagi peranti komunikasi, ianya kini seakan lambang dan personaliti pengguna itu sendiri.

Sekarang ni nak beli fon bukan suka hati beli je. Kalau silap beli, menyesal tak ke sudah, tak tenteram hidup. Banyak pilihan telefon pintar di pasaran, dari fon bajet hinggalah ke fon flagship, dan ketika ini jenama baru fon tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Pada ketika ini, ada 3 cara rakyat Malaysia membeli telefon pintar. Pertama, membeli fon di kedai iaitu secara tunai. Yang ke-2, membeli fon menggunakan kad kredit dan yang seterusnya membeli dengan harga subsidi dengan pakej telko tempatan.


via GIPHY

Pertama sekali, membeli fon terus di kedai ‘retail’. Cara ini mungkin ramai di pembaca yang bersetuju, membeli di kedai secara wang tunai merupakan cara terbaik dan yang sepatutnya untuk membeli telefon pintar. Anda boleh memegang dan merasai sendiri peranti di genggaman, dan anda boleh lihat serba serbi reka bentuk dan paras rupa dengan mata kasar. Tetapi anda tidak mendapat diskaun dan aksesori yang diberikan pun tidak lah bernilai sangat.


via GIPHY

Seterusnya, membeli telefon pintar dengan ‘swipe’ kad kredit. Umum mengetahui kad kredit ini ada kebaikkan dan keburukkannya. Kebaikkannya, anda boleh menyimpan sedikit wang tunai dalam poket namun keburukkannya, anda perlu menanggung bunga. Mengikut purata, sekali ‘swipe’ kad kredit untuk membeli fon, anda terpaksa tanggung bunga sebanyak 0.5% hingga ke 3.0%. Contohnya anda membeli Huawei Mate 10 secara ‘swipe’ kad kredit, anda terpaksa membayar lebihan RM81, minimum.  Baik beli aksesori tambahan daripada buang duit macam tu.

Kemudian, ada lagi satu cara membeli fon, iaitu pembelian dengan harga subsidi. Subsidi? Ya, subsidi. Membeli telefon pintar dengan pakej pelan internet yang ditawarkan oleh kebanyakkan syarikat telko tempatan memberikan anda potongan harga untuk peranti tersebut dengan tujuan meringankan beban pengguna. Dan secara realistiknya pun dengan memiliki telefon pintar, anda perlukan pakej internet kan? Bayangkan fon sedap, tapi tak ada internet. Pisang.

Contohnya dengan pelan pascabayar Digi 138, anda boleh mendapatkan Huawei Mate 10 pada hanya RM999 berbanding harga asal iaitu pada RM2,699. Kalau dikira semula, ianya adalah perbezaan sebanyak RM1,700. Bak kata orang putih, ‘what a bargain’!
Kalau anda alihkan perhatian ke pelan Celcom’s FIRST Platinum Plus, anda mampu memiliki Huawei Mate 10 secara percuma. Mak oi, percuma boh.
Untuk harga RM999, dalam dunia sebenar, anda hanya mampu memiliki fon bajet Samsung Galaxy J7 Prime. Anda juga boleh dapatkan model abangnya, Mate 10 Pro pada harga RM1,649, hampir separuh daripada harga sebenar iaitu pada RM3,009. 
Pada harga RM1,649, anda hanya boleh dapat Oppo R9s, Vivo V7+ dan Galaxy J7 Plus jika beli di kedai secara tunai. Jika anda rasa Mate 10 dan Mate 10 Pro terlalu power untuk anda, cuba alihkan perhatian kepada Huawei Nova 2i. Alah, yang Hannah Delisha jadi duta tu. Dengan pelan pascabayar Digi 138 dan Celcom 148, anda berupaya memilikinya secara percuma.
Bagaimana pula perbandingan dengan model telefon yang ditawarkan oleh Digi 138 dan Celcom FIRST Platinum Plus? Jom kita tengok sama-sama. 
Dengan pelan pascabayar Digi 138, S8, S8+ dan iPhone 8 ditawarkan pada harga RM1,478, RM1,808, dan RM2,170. Anda boleh dapat Huawei Mate 10 pada harga yang lebih murah dengan pakej yang dihidangkan oleh Digi. Kalau anda memang sasarkan peranti pada harga kelas bangsawan, lebih baik untuk memiliki Mate 10 Pro iaitu pada harga RM1,649 berbanding Note 8 pada RM2,468 atau iPhone 8 pada RM2,605.
Untuk pakej Celcom 188 FIRST Platinum Plus pula, anda boleh dapatkan Huawei Mate 10 secara percuma, manakala anda perlu membayar sebanyak RM1,388 dan RM1,718 untuk mendapatkan Galaxy S8 dan S8+. Jika mahukan model Mate 10 pro pula, anda hanya perlu bayar RM1,558 , lebih berbaloi berbanding Galaxy Note 8 dan iPhone 8+ iaitu pada RM2,178 dan RM2,188.
Saja nak tayang sikit power tak power kamera Huawei Mate 10 ni. Pada yang belum tahu, Huawei Mate 10 ni menggunapakai sensor Leica dengan nilai aperture paling besar setakat ni untuk telefon pintar dengan f/1.6. Maknanya ianya mampu mengambil gambar yang terang walau dalam keadaan kurang cahaya.



via GIPHY

Secara ringkasnya, dengan membeli telefon pintar dengan pakej internet dari telko, anda terpaksa mengikat kontrak selama 1-2 tahun dengan mereka, yakni membayar setiap bulan data internet. Tetapi bila difikirkan semula, internet itu adalah keperluan. Bukan sahaja untuk berhubung, malah melaksanakan kerja juga memerlukan internet. Jadi, secara logiknya, anda memang perlukan pakej internet. Maka, pemberian diskaun peranti oleh telko di Malaysia sangatlah dialu-alukan untuk meringankan beban pengguna. Dalam zaman ringgit semakin menurun, dan fon idaman dah cecah 2-3K keatas, memang susah untuk kita mengeluarkan wang tunai yang banyak sekaligus untuk memiliki telefon pintar. Sedih, tapi itulah realitinya.

Untuk ketahui lanjut mengenai Huawei Mate 10 & Mate 10 Pro, boleh layari laman web mereka di Vmall.my.

Post a Comment

0 Comments

loading...