Isu Baitulmaqdis: PM Najib Dedah Erdogan Telefon Beliau Kerana Suara Malaysia Penting, Terpaksa Batal Pertemuan Dengan Singapura

Kuala Lumpur, 9 Dis - Perdana Menteri Najib Razak hari ini mendedahkan bahawa Presiden Turkey, Recep Tayyip Erdoğan ada menelefon beliau tiga hari lepas susulan isu Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengangkat Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Pendedahan terbabit dibuat oleh Najib menerusi laman Twitternya sendiri.

"3 hari lepas Presiden Erdogan telefon minta saya hadir Persidangan Khas OIC kerana suara Malaysia penting," kata Najib.

Disebabkan permintaan dari Erdogan itu, Najib berkata beliau terpaksa membatalkan rundingan tahunan dengan Singapura.

"Saya batalkan rundingan tahunan dengan Singapura dan terangkan kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong, isu Baitulmaqdis ini cukup penting kepada umat Islam seluruh dunia."

Dalam satu kemaskini lain, Najib berkata beliau akan hadir ke persidangan OIC di Istanbul pada 13 November ini.

"Insya-Allah, saya akan hadir Persidangan Khas OIC di Istanbul pada 13 Disember ini. Saya tak redha nasib umat Islam tertekan dalam apa jua keadaan ! Saya nak beritahu mereka bahawa UMNO, umat Islam Malaysia akan tentang habis-habisan, sampai bila-bila takkan kita terima !" tulis beliau.

Post a Comment

0 Comments

loading...