Isu Baitulmaqdis: Hamas Isytihar Intifada Bermula Esok

Gaza, 7 Dec – Hamas mengisytiharkan intifada baharu bermula esok susulan pengumuman Trump yang mengangkat Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Intifada merupakan titik kebangkitan umat Islam Palestin menentang penindasan dan rampasan tanah Al-Quds yang mulia semenjak tahun 1948.

“Kami menyeru kepada semua orang Palestin untuk mengambil bahagian dalam ‘hari kemarahan’ pada Jumaat dan menjadikannya sebagai pemulaan intifada baru”, kata ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyah.

“Esok, rakyat kita akan melancarkan intifada terhadap pendudukan dan kita yakin bahawa kita akan mencapai kemenangan dan membebaskan tanah suci kita.” tambah beliau.

Trump, selain mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, turut mengumumkan bahawa AS sedang membuat persiapan memindahkan kedutaannya di Tel Aviv ke Baitulmaqdis.



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...