Kuala Lumpur, 13 Dis - Harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 turun bagi minggu ini.
Harga terbaru itu diumumkan oleh KPDNKK menerusi laman Facebook rasmi mereka @mykpdnkk.
Bagi RON95, penurunan sebanyak 4 sen dilihat dari minggu lepas menjadikan harganya pada minggu ini jatuh kepada RM2.25 manakala RON97 turun 5 sen dari RM2.57 kepada RM2.52.
Dalam pada itu, diesel pula turun sebanyak 1 sen dari RM2.21 kepada RM2.20.
0 Comments