DITONTON LEBIH 1.4 JUTA KALI – ALIF SATAR DIPUJI USUNG JENAZAH DI MEKAH

Baru-baru ini menerusi laman Instagram Alif Satar, penyanyi dan pelakon itu telah berkongsi video sedang membantu mengusung jenazah di Mekah. Video tersebut telah menjadi tular.

“Sekadar berkongsi.. memang susah Alif nak dapat peluang ni… mengejar pahala sebesar gunung Uhud.. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah..,” kata Alif di IG

Difahamkan, perkongsian Alif itu telah ditonton sebanyak 1.4 juta kali oleh pengikut laman sosial Instagram.

Rata-rata komen pada entri tersebut memuji usaha Alif yang tidak melepaskan peluang untuk membantu, malah ada juga pengikut yang menganggap Alif bertuah kerana tidak semua jemaah berpeluang untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, ada juga yang kurang senang dengan entri dibuat Alif, tetapi telah ditegur oleh beberapa pengikut lain dan meminta supaya dibersihkan hati dan melihat perkongsian tersebut dari sudut positif.

Pada 23 November lalu, Alif telah berangkat ke Mekah bagi menunaikan ibadah umrah bersama ibu dan bapanya.

sumber video

sumber

The following two tabs change content below.

Comments

comments



lagi info di : edisiviral.com

Post a Comment

0 Comments

loading...