Pada pengguna prabayar, korang pernah tak rasa disisihkan. Yelah, syarikat telko besar ketika ini dilihat lebih memfokuskan kepada pengguna pelan pascabayar dengan tawaran internet tanpa had dan sebagainya. Tapi untuk pengguna prabayar, tawaran internet yang dibekalkan macam dah makin mahal kan?
Baru-baru ini, sebuah syarikat rangkaian pengendali maya mudah alih (MVNO), redONE Network Sdn Bhd telah melancarkan semula pelan internet prabayar mereka untuk memberikan lebih data internet kepada pengguna prabayar dengan moto “Back To Basics”.
Mereka turut dilihat mahu lebih memfokuskan kepada golongan pengguna prabayar oleh kerana syarikat telko besar lain masing-masing nampak seperti tidak mengendahkan lagi golongan ini.
Jom kita tengok apa yang menarik tentang pelan prabayar baru yang ditawarkan oleh redONE.
1. Pek Permulaan
Bila korang beli pek sim kad redone ni, korang terus akan dapat kredit pramuat bernilai RM 6, data internet percuma sebanyak 1.5GB (500MB + 1GB internet asas) setiap bulan, dan panggilan percuma ke semua pengguna prabayar redone tanpa had selagi akaun masih aktif.
2. Tambah Nilai
Setiap tambah nilai, anda juga akan menerima internet percuma yang dibahagikan mengikut hari seperti di bawah.
Korang jangan salah faham pulak ya, ni data internet percuma yang diberikan apabila korang topup. Sapa nak bagi internet free kan? Kira okay la daripada tak dapat apa macam sesetengah telko tu.
3. Tambah Data Internet
Kalau data internet percuma tak cukup, macam biasa la korang boleh menambah data internet dengan harga yang ditawarkan seperti di bawah.
Pelan prabayar yang ditawarkan oleh redONE dilihat pelan prabayar yang paling berbaloi dari segi data internet berbanding apa yang ditawarkan oleh telko lain. Seperti contoh, kalau korang top-up RM50 dan beli pelan data internet RM50, korang akan dapat 20.5GB keseluruhannya (10GB+ 9GB internet percuma+1.5GB internet percuma).
Pelajar yang menyertai program ini akan sentiasa dapat berhubung dengan satu sama lain walaupun kehabisan kredit. Biasalah hidup student, memang kena jimat. Kalau parents pun pakai prepaid redONE, lagi senang nak call ke kampung.
Korang boleh layari laman rasmi redONE untuk maklumat lanjut.
lagi info di : edisiviral.com
0 Comments