Wajah Sebenar Penjual Nasi Lemak Spiderman RM2 Di Kota Bahru

Penjual Nasi Lemak Spiderman RM2 Di Kota Bahru

 

Wajah Sebenar Penjual Nasi Lemak Spiderman RM2 Di Kota Bahru | Kisah Spiderman yang menjual nasi lemak di bandar Kota Bharu menjadi viral di laman sosial sejak kebelakangan ini.

Mengambil lokasi di beberapa tempat yang menjadi tumpuan di negeri pantai timur itu, ditambah pula dengan pemakaian kostum adiwira berkenaan, tidak hairanlah nasi lemak yang dijual dengan harga RM2 satu bekas itu mendapat sambutan hebat.

Bukan setakat datang untuk membeli, malah pelanggan juga teruja apabila dapat bergambar dengan watak adiwira terkenal dari Barat itu.

Peniaga, Zawawi Ghazali bertindak melaksanakan idea gila apabila perniagaannya sebelum ini tidak mendatangkan hasil. Dengan kelainan yang ditampilkan, Zawawi berjaya menjual kira-kira 300 bekas nasi lemak dalam sehari.

The post Wajah Sebenar Penjual Nasi Lemak Spiderman RM2 Di Kota Bahru appeared first on Media Sensasi.

Post a Comment

0 Comments

loading...