12 Foto sekitar sambutan Hari Lahir Elfira Loy di Kuantan yang terlampau meriah

Kemeriahan sambutan awal hari lahir Elfira Loy yang diadakan di Beach Market 2016, Taman Gelora, Kuantan, Pahang semalam. Di sana, Elfira bukan sahaja mendapat rakan baru, malah mendapat surprise kek sempena birthdaynya yang ke-22 hari ini.

Lebih menarik, hari ini juga genap setahun Elfira Loy bertudung. Ini kerana, ketika meraikan hari jadi yang ke-21, tahun lalu, Elfira sudah mula mengenakan bertudung.

Malah di hari lahirnya juga, Elfira bakal melancarkan kempen #EL8March bagi memperkenalkan jenama pakaian 'ready to wear' termasuk skaf di bawah label El by Elfira Loy, malam ini.

Untuk info, #EL8March kini sudah menjadi trending pada kedudukan pertama di laman sosial Twitter. 

"Koleksi yang diperkenalkan khusus untuk wanita bersaiz 'petite' seperti saya. Jadi, apa yang akan dijual lebih kepada saiz dan gaya saya.

"Pendek kata, jenama ini mewakili diri saya. Saya cukup optimis dengan perniagaan ini.

"Untuk bersaing dengan jenama yang sedia ada, ia amat sukar. Namun, jika kita menjual apa yang diminati selain memenuhi keperluan ramai, insya-Allah semuanya akan lancar," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada BH Online.

Selain berlakon dan menjadi usahawan, Elfira kini juga sedang menunggu hari graduasi tidak lama lagi dalam pengajian bidang seni hiburan di Kolej Damansara Utama (KDU), Glenmarie Shah Alam, Selangor.

Selamat hari lahir diucapkan kepada Elfira!

Sumber: myartis
 












Post a Comment

0 Comments

loading...