Seorang Isteri Mengadu Penat Setiap Petang, Suaminya Terkejut Lepas Dapat Tahu Apa Perbuatan Isteri Setiap Hari | Tak dinafikan lelaki memang mampu bawa barang yang berat berganda dari perempuan. Tapi jangan ambil mudah bila biarkan isteri terutama yang suri rumah lakukan kerja rumah seharian sendirian. Pelbagai kerja yang isteri buat yang mungkin suami tak terfikir isteri mampu lakukan.
Seorang lelaki di Tokyo pelik kerana isterinya asyik merungut penat setiap kali dia pulang dari kerja sedangkan isterinya hanya seorang suri rumah dan menjaga seorang anak.
Jadi dia membuat keputusan untuk siasat apa yang isterinya lakukan di rumah semasa dia keluar rumah.
Memang nampak mudah jadi seorang suri rumah. Tapi segalanya si isteri buat dari menguruskan anak, keluar beli barang, kemas rumah, masak, cuci baju dan paling teruk bila anak tak ingin berenggang dengan ibu dan hanya ingin didukung. Bayangkan.
Selepas mengetahui segalanya, barulah suami sedar dan lebih menghargai tugas dan peranan seorang isteri yang banyak berkorban segalanya untuk sebuah rumahtangga.
The post Seorang Isteri Mengadu Penat Setiap Petang, Suami Terkejut Dapat Tahu Apa Isteri Buat Setiap Hari appeared first on Media Sensasi.
0 Comments