Semalam Aku Mimpi Balik Semenanjung Diusung Ramai Tentera Dalam Keranda

1

 

Semalam Aku Mimpi Balik Semenanjung Diusung Ramai Tentera Dalam Keranda | Semalam merupakan ulang tahun pertama Prebet Mohd Zaim Salhudin menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Namun, beliau hanya sempat menyatakan perkara itu dalam mesej aplikasi WeChat sekitar pukul 10.30 pagi tadi sebelum meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya selepas trak dinaiki bersama rakan terbalik di Jalan Telupid-Ranau, Sabah.

Abang sulungnya, Lans Koperal Zulhelmy menyatakan dia ternampak adiknya memuat naik mesej “arini genap stahun saiaa dalam ATM” (Hari ini genap setahun saya dalam ATM) sekitar pukul 10.30 pagi.

“Saya terkejut apabila kira-kira sejam kemudian bapa saya menghubungi dan memaklumkan bahawa adik saya sudah meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan.

“Ibu saya yang kebetulan berada di rumah keluarga di Sabak Bernam untuk majlis tahlil hari ini, terus meraung apabila mengetahui Mohd Zaim meninggal dunia,” katanya.

2

Bapa Allahyarham, Salhudin Idris menyatakan dia berada di majlis kenduri di Kapar apabila menerima panggilan telefon daripada seorang rakan anaknya yang berada dalam trak berkenaan.

“Saya menerima panggilan telefon pada jam 11.50 pagi dan rakannya menangis sambil memaklumkan anak saya sudah tiada.

“Kira-kira jam 1 tengah hari, pegawai anak saya, Kapten Jamil menghubungi dan memaklumkan Mohd Zaim disahkan meninggal dunia di hospital.

“Saya dimaklumkan jenazah anak saya akan dibawa pulang menaiki pesawat komersial melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dijangka tiba jam 1.15 tengah hari,” katanya.

Salhudin berkata, anaknya memang berminat untuk menyertai pasukan keselamatan sejak di bangku sekolah lagi dan pernah menjadi kadet polis terbaik.

Selain itu, katanya, setiap hari Mohd Zaim akan menghubungi ibunya untuk bertanya khabar kerana beliau adalah anak kesayangan.

Sementara itu, satu majlis bacaan surah Yasin dan tahlil diadakan di kediaman bapa Allahyarham Mohd Zaim di sini yang dihadiri jiran tetangga dan saudara maranya.

Mohd Zaim dan rakan setugas, Prebet Shahril Afizat Mohamad maut manakala lima parah selepas trak dinaiki mereka terbalik di Jalan Telupid-Ranau, kira-kira 50 kilometer dari pekan Ranau, Sabah, pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 11.39 pagi, trak berkenaan yang membawa 26 anggota termasuk pemandu dan pegawai pengiring dipercayai terbabas lalu terbalik di kiri jalan berkenaan.

Siapa sangka mimpi arwah sebelum kejadian rupanya pertanda beliau akan berpulang kerahmatulah,dalam mimpi itu arwah mengatakan bahwa diri dibawa pulang kesemenanjung namun berada di dalam keranda

Sahabat. Dulu bersama-sama di PPD. Alhamdulillah rezeki kau dapat masuk Tentera Darat tahun lepas dan ditempatkan di 22 RAMD. Baru saja dapat berita yang kau meninggal dunia di ranau, sabah petang tadi. Kemalangan melibatkan kenderaan tentera. 13 mac 2015 kau masuk Tentera. 13 mac 2016 kau pergi meninggalkan kami semua. Kau budak yang baik. Allah lebih sayangkan kau sahabat. Aku pasti akan merinduimu. Semoga ditempatkan bersama-sama dengan golongan yang beriman. Tenang lah disana sahabat. Al-Fatihah buat mu Mohamad zaim bin salhudin.

3 4 5 6

The post Semalam Aku Mimpi Balik Semenanjung Diusung Ramai Tentera Dalam Keranda appeared first on Media Sensasi.

Post a Comment

0 Comments

loading...