Pelakon dan pengacara Didie Alias memberitahu kali terakhir bertemu dengan bekas suami, Allahyarham Ridzuan Hashim ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Allah satukan kami
Memetik laporan Melodi, Didie, 51, mendedahkan dia dan aktor tersebut sudah lama tidak bersua muka sejak mereka bercerai 21 tahun lalu. Namun kata Didie, mereka kembali berkumpul satu keluarga sejak tiga tahun lalu.
Sepanjang arwah tak sihat, saya memang minta anak-anak tengokkan dia. Kami sebenarnya dah lama tak berjumpa, dah lebih 20 tahun.
Dalam dua tiga tahun ini, Allah gabungkan kami sebelum dia pergi. Dapat la anak-anak jaga dan bagi kasih sayang kepada dia termasuk anak saya dengan suami baru.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, pemilik nama Fadzilah binti Mohd @ Ali menyatakan dia tidak pernah terasa hati dengan arwah serta memaafkan kesilapan sepanjang tempoh perkenalan.
Saya reda dengan pemergian dia kerana tahu tak sihat. Dia pun tak nak susahkan anak-anak kerana tahu ada tanggungjawab. Ada yang dah berumah tangga dan sambung belajar.
Saya maafkan dia. Saya tak pernah kecil hati dengan dia. Saya halalkan semuanya. Semoga perjalanan dia hari ini baik-baik saja.
Hari ini, industri seni dikejutkan dengan berita pemergian pelakon terkenal tanah air, Ridzuan Hashim akibat serangan jantung.
Difahamkan, arwah meninggal dunia ketika sedang bersarapan dengan anaknya di rumah kira-kira jam 11 pagi.
Sekadar info, Allahyarham Ridzuan berkahwin dengan Didie pada tahun 1991 namun bercerai pada tahun 2002.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Nur Dhaniyah, 30, Muhammad Dhanial, 29, Nur Dinie, 27, Nur Danie, 25, dan Nur Diana, 24 tahun.
Sumber: Instagram
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: https://ohbulan.com/
via Sinar Viral Network
0 Comments