[VIDEO] “Kucing pun dah tak selamat..” – Cubaan ‘Seludup” Kucing Gagal, Gelagat Murid Perempuan Ini Buat Netizen Berdekah

Bagi kita yang pencinta kucing, tak kira kanak-kanak mahupun dewasa, pasti ‘pantang’ bila melihat si bulus comel melintas di hadapan kita ketika berada di luar.

Kecomelan kucing ada kalanya membuatkan kita rasa seperti ingin membawa mereka pulang bersama kita.

Samalah seperti kisah murid perempuan yang tular baru-baru, membuatkan ramai pengguna media sosial boleh relate!

Menerusi video yang dikongsikan oleh ibu kanak-kanak ini di TikTok, @maisarahzaidee, puterinya baru sahaja masuk ke pagar sekolah.

Namun, sebaik sahaja melihat kucing putih bertompok jingga atau sering dipanggil oyen oleh orang kita, dia terus cuba menangkap si bulus tersebut!

Murid yang mengenakan pakaian sukan itu dilihat semakin lincah apabila kucing yang cuba dicul1knya meronta-ronta ingin melarikan diri.

Mana tidaknya, kucing yang ingin diambil itu bukanlah anak kucing tetapi kucing dewasa berbadan besar!

Tidak cepat mengalah, dia turut ingin memasukkan si kucing ke dalam beg galasnya yang berwarna biru.

Pun begitu, tidak lama kemudian, kucing berkenaan pantas berlari dan berjaya melol0skan diri meskipun dikejar oleh murid itu.

Semenjak beberapa hari video berbaur lucu itu dimuat naik, jumlah tontonannya kini telah berjaya mencecah sehingga 150.6 ribu serta meraih sebanyak 9794 tanda suka!

Video:

@maisarahzaidee

Apeni soyaa 🤦🏻‍♀️ #kasihiautism #autismgirl

♬ original sound – Terpaling Majikan | Onies – Terpaling Majikan | Onies

Ketika menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya meninggalkan respons terhibur melihat gelagat si cilik yang gigih ingin memasukkan kucing ke dalam beg galasnya.

Yang lebih lucu, netizen sempat berseloroh mengatakan dalam kawasan sekolah pun sudah tidak selamat kerana ada ‘penculik’ kucing.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“Dulu aku gini arh tapi cul1k anak kucing. Senang sumbat dlm beg😂”

Komen Netizen:

“jgn gini dik😂”

“k3s pencul1kan gagal 😭😂”

“😂😂😂kalau anak kucing tahan jgk dik..ni pak kucing dah ni”

“Dlm sekolah pn bah4ya , ada pencul1k 😹”

Sumber: yoy

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: https://ift.tt/8byegam



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...