Shuib & Watie Selamat Bertunang, Bakal Bernikah Pada Bulan Hadapan

Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib selamat melangsungkan pertunangan bersama pilihan hatinya, Watie Hanifah, tengah hari.

Shuib, Watie selamat bertunang

Memetik laporan Astro Gempak, majlis pertunangan pasangan selebriti itu berlangsung di kediaman Watie di Shah Alam dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.

Dalam majlis yang cukup indah itu, Shuib menghantar tiga dulang hantaran berupa, manisan, kasut dan sirih junjung. Manakala pihak keluarga Watie membalas lima dulang hantaran termasuk manisan, sampin, buah-buahan, sirih junjung dan kasut.

Terdahulu, desas-desus hubungan Shuib dan Watie akhirnya terjawab selepas pelawak itu memaklumkan akan mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.

Sumber: Astro Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: https://ohbulan.com/



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...