Ridzuan Hasmin meninggal dunia, rebah ketika sarapan

PELAKON Ridzuan Hashim meninggal dunia di kediamannya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur sekitar pvkul11 pagi, Khamis.

Perkara tersebut disahkan oleh anak saudaranya iaitu pelakon Iman Zulkarnain yang memaklumkan Allahyarham tiba-tiba rebah ketika sedang bersarapan.

Allahyarham berusia 61 tahun.

“Arwah meninggal dunia di rumahnya, ketika itu dia sedang bersarapan dan tiba-tiba sahaja jatuh.

ridzuan hashim 2

Iman (baju hitam) bersama Ridzuan dan keluarga ketika sambutan Aidilfitri.

“Kemudian anak lelakinya melakukan pemeriksaan dan memberi bantuan pernafasan sebelum dibawa ke h0spital Kuala Lumpur.

“Apabila tiba di h0spital, arwah disahkan sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi mStar.

Iman turut memaklumkan Ridzuan menghidap masalah jantung dan angin ahmar.

Pelakon itu juga dikatakan sudah lama tidak aktif dalam dunia lakonan akibat masalah kesihatannya itu.

Dalam pada itu, Iman memberitahu jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.

“Setakat ini kami pun belum dapat lagi kepastian punca kem@tian daripada pihak h0spital.

“Jenzah akan diuruskan dan dikebumikan hari ini (Khamis),” jelasnya.

Sementara itu, arwah kali terakhir dilihat meraikan Aidilfitri bersama bekas isterinya, Didie Alias bersama anak-anaknya di sebuah resort di Melaka.

Untuk rekod, Ridzuan pernah mendirikan rumah tangga degnan pelakon Didie pada 1991 namun bercerai pada 2002.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Allahyarham sejak itu tidak pernah berkahwin lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: https://ift.tt/s9iQD8W



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...