Maut dipanah petir ketika bermotosikal ke tempat kerja

KUALA LANGAT: Seorang lelaki ditemui mati selepas dipercayai dipanah petir di tepi jalan Kampung Seri Cheeding dekat Sungai Jarom di sini petang semalam.

Ketika kejadian, mangsa dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja yang terletak kira-kira 16 kilometer dari lokasi terbabit.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 6.31 petang.

“Siasatan awal mendapati, mangsa adalah seorang lelaki tempatan dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah kilang di Bandar Mahkota Banting dengan menaiki motosikal.

“Kira-kira jam 6.20 petang, ketika melalui jalan dari Jambatan Rimbayu ke Ladang Teh Seri Cheeding, mangsa dipercatai terkena panahan petir lalu terjatuh dari motosikal.

“Mangsa terjatuh sejauh 50 meter ke hadapan dari tempat kejadian dan tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Ridhwan berkata, orang awam yang melalui jalan berkenaan bertindak mengangkat mangsa dan diletakkan di tepi jalan, selain menghubungi MERS 999 juga bantuan ambulans ke lokasi kejadian.

“Siasatan mendapati, mangsa yang berumur 50 tahun mengalami kecederaan di bahagian leher kanan serta lebam di bahagian perut dan paha akibat panahan petir.

“Terdapat juga luka di dagu dan lutut mangsa akibat jatuh dari motosikal. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata, siasatan mendapati terdapat dua lubang kesan panahan petir di atas jalan raya di lokasi kejadian.

“Tiada unsur-unsur jenayah pada fizikal badan mangsa dan lokasi kejadian.

“Bedah siasat yang dijalankan pagi tadi mendapati punca kematian adalah akibat dipanah petir. Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber : https://ift.tt/sP1nWx0



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...