Nikita Mirzani cerai kali keempat, bekas suami bawa lari barang kemas dan beg Gucci kesayangan

 

SELEBRITI sensasi Indonesia Nikita Mirzani membuat pended@han dia sebenarnya sudah bernikah dengan teman lelakinya warganegara Jerman iaitu Antonio Dedola pada 22 Januari lalu.

Bagaimanapun kata Nikita, pernikahan yang berjalan secara rahsia itu tidak bertahan lama dan memberitahu sudah bercerai dengan Antonio.

“Saya dan Toni (Antonio) bernikah pada 22 Januari 2023. Toni minta saya menikahinya dan hidup selamanya dengan bahagia.

“Saya masih ingat Toni menangis kerana tidak mahu kami berpisah,” katanya.

Dalam pada itu, Nikita berkata, Antonio melafazkan talak terhadapnya menerusi pesanan mesej di aplikasi WhatsApp.

Kata Nikita, antara punca rumah tangganya itu tidak bertahan lama disebabkan mereka sering bertengkar akibat Antonio tidak suka dengan kritikan netizen terhadap hubungan mereka.

nikita 1

Bekas suami Nikita menghilangkan diri selepas berlaku pertengkaran.

“Mungkin saya salah dalam memilih pasangan. Saya mengajar dia tentang perniagaan supaya berjaya di Indonesia namun dia sering memberi alasan,” jelasnya.

Lebih menyedihkan lagi, Nikita mend@kwa bekas suaminya itu membawa lari barang perhiasan miliknya selain sebuah beg tangan jenama mewah mikiknya.

“Saya tidak kata dia pencuri, cuma tertanya-tanya kenapa dia melarikan beg tangan kesayangan saya. Beg Gucci itu menjadi idaman saya selama ini,” ujarnya.

Nikita sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali namun semua hubungan tersebut tidak bertahan lama dan berakhir dengan penceraian.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...