Beraya Di Rumah Orang, Anak Merungut Panas Macam Gurun

Seorang individu mengakui terpaksa ‘mengajar’ anaknya kerana lantang membuat rungutan yang memalukan tuan rumah.
 
“Semalam singgah beraya rumah makcik, rumah dia tidak ada penyaman udara.
 
“Si kecil tiba-tiba cakap depan tuan rumah ‘this house is so hot like a desert’ (rumah ni panas sangat macam gurun).
 
Gambar Hiasan
“Di situ juga serta-merta kena jentik bibir dia, itu biadab namanya. Lepas kena jentik, kena sound terus suruh dia minta maaf.
 
“Biar anak menangis, asalkan jangan anak kita tiada adab,” luahnya.
 
Ciapan yang dibuatnya itu kemudian mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya selepas dikongsikan semula oleh seorang pelayar Twitter dengan kapsyen yang mempersoalkan tindakannya itu.
 
Rata-rata netizen bersetuju dengan cara lelaki terbabit menghukum anaknya yang bersikap biadab yang boleh menyinggung perasaan tuan rumah.
 
 
“Betul. Kena jaga adab. Dari kecil kena pupuk dan semai sikap.
 
“Memang patut pun… mak ayah sekarang, anak kurang ajar atau meloncat-loncat di rumah orang pun tak larang. Setakat cakap ‘dont dont’ (jangan jangan).
 
“Setuju. Tak salah pun nak punish physically (hukum secara fizikal) supaya dia ingat sampai bila-bila. Lagipun perkara yang dia cakap mungkin dia belajar melalui media sosial atau internet,” ujar beberapa netizen.
 
Bagaimanapun, segelintir warga maya tidak bersetuju dengan tindakan tegas terbabit yang dianggap kasar serta memalukan anak-anak.
 
“Apa yang berkesan untuk saya ialah bercakap dengan anak seperti dia sudah dewasa, respek dan terangkan kepadanya tentang kesalahan yang dia lakukan. Ia menjadi walaupun dia baru berusia dua tahun. Tiada perlu penderaan fizikal atau memalukan di khayalak ramai.
 
“Banyak cara nak ajar anak-anak, kalau rasa ajar secara fizikal silakan. Kalau laki aku buat macam tu, memang gaduh besar sebab aku percaya otak anak-anak kecil ni senang serap perkara yang diajar,” komen netizen yang lain.
 
Sumber: mStar / CARI


via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...