Ramai rider jadi ‘bangau’, wanita ini buka rahsia kepayahan kerja servis penghantaran… Perit nak dapat RM5,000 sebulan

KERJAYA sebagai penghantar makanan atau rider semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya golongan muda kerana mempunyai jadual kerja yang fleksibel.

Malah tak kurang juga yang sanggup berhenti daripada pekerjaan tetap demi menjadi seorang rider gara-gara terpedaya dengan perkongsian di media sosial bahawa pendapatan kelompok berkenaan boleh mencecah sehingga RM4,000 hingga RM5,000 sebulan.

Bagaimanapun perkongsian seperti itu mencetuskan perdebatan netizen.

Menerusi satu hantaran di TikTok. seorang rider wanita memberitahu agar orang ramai tidak mudah mempercayai perkongsian di media yang kesahihannya boleh dipertikaikan.

Katanya, tugas sebagai rider tidak semuanya indah malah terutamanya apabila ia membabitkan soal pendapatan bulanan.

“Disebabkan ‘kepandaian’ seorang rider share dapat gaji sampai RM3,000 hingga RM4,000. ramai nak join jadi rider.

“Lepas tu semua bangau, hidup bangau!” kata rider berkenaan.

Untuk rekod, dalam kalangan rider istilah ‘bangau’ membawa maksud mereka masih menunggu tempahan masuk walaupun sudah mengaktifkan aplikasi masing-masing dalam tempoh yang lama.

Penjelasan mengenai kenyataannya di ruangan komen.

Namun wanita itu menafikan rungutannya bukan berpunca daripada rasa kurang senang dengan kehadiran ramai rider baharu sehingga dikatakan menjejaskan periuk nasi ‘orang lama’.

“Point video ni saya tuju kepada rider yang show off bajet RM3,000 hingga RM5,000 di media sosial.

“Apabila ramai join tak seindah yang dikhabarkan. Fare makin kurang.

“Saya doakan semua rider tak kiralah Grab ke FoodPanda ke atau lain-lain… semoga sentiasa dimurahkan rezeki. InsyaAllah , Amin,” tulis wanita tersebut.

Melalui semakan mStar di ruangan komen, netizen turut bersetuju dengan hal itu malah rider lain juga turut memberi pandangan yang sama.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Kata mereka, trends semasa menunjukkan bahawa penurunan jumlah pendapatan kerana berlaku lambakan dalam kalangan rider daripada pelbagai platform.

“Sama macam aku, dulu-dulu ramai show off kata ‘lebat’. Hakikatnya perit mat (mamat). Alhamdulillah dah gantung kunci.

“Sekarang ni bersepah rider. Dulu nak kerja on dekat dalam rumah je order masuk… sekarang ni kena keluar jalan-jalan untuk cari order.

Order semua memang slow sejak rider BBNU (junior) ni tayang gaji kat media sosial, kata netizen.

Tangkap layar komen netizen pada video yang sama.

Namun ada juga dalam kalangan netizen yang tidak bersetuju dengan pandangan rider wanita berkenaan yang dilihat seolah-olah cuba menyalahkan kehadiran ramai penghantar makanan di sesuatu lokasi.

“Santai je dik. Aku jadi rider since 2018 lagi. Tenang je, jangan salahkan budakbudak baru.

“Bukan masalah ramai rider, tapi order memang slow. Tengok semua aplikasi pun slow, semua customer tengah jimat,” kata beberapa lagi netizen.

Untuk rekod, perkongsian rider wanita itu telah meraih lebih 500,000 jumlah tontonan di TikTok.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...