PEMERGIAN insan tersayang pastinya memberi t4mparan hebat kepada mereka yang menghadapinya.
Malah, ia sekali gus menciptakan kerinduan yang tidak berpenghujung.
Seperti yang baru dirasai Sufiah Izzati, bapanya Mohamed Shah men1ngg4l dvnia secara tiba-tiba pada usia 52 tahun.
Perkhabaran mendvkacitakan itu didengarinya ketika berada jauh daripada keluarga kerana sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan kepujian.
View this post on Instagram
Lebih menyedihkan apabila pertemuan terakhir dengan bapanya adalah kira-kira dua minggu lalu iaitu selepas dia dihantar ke rumah sewa di Nilai, Negeri Sembilan.
Menceritakan semula kisahnya kepada mStar, pelajar tahun 2 Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) itu berkata, kem4tian berpunca daripada ser4ngan j4ntung.
“Ayah men1ngg4l sebab terkena ser4ngan j4ntung semasa makan malam dalam pukul 6.55 petang dengan mama dan adik-adik. Mama kata, ayah tak sempat nak telan makanan dan terus j4tuh dari kerusi.
“Sebelum tu ayah ada mengadu kat mama yang dia rasa s4kit pada bahagian lengan. Lagipun ayah ada peny4kit d4rah tinggi, tetapi dikawal menerusi pengambilan ubat secara harian,” ujarnya.

Urusan pengebumian dipermudahkan.
Menurut g4dis berusia 21 tahun itu lagi, dia sedikit terkilan kerana tidak sempat bertemu dengan bapanya yang sudah berjanji untuk datang melawat pada cuti umum, Isnin lalu.
“Sabtu lalu, mama ada mesej saya beritahu yang dia dan ayah nak datang melawat pada hari Isnin sebab cuti umum. Memang dah plan nak belikan barang-barang saya, tapi tak kesampaian.
“Ayah juga dah siap sediakan makanan seperti kerepek-kerepek dan air kotak dalam beg untuk bawa bersama semasa melawat saya. Akhirnya saya sendiri yang balik rumah di Puncak Alam, Selangor bagi menziarahi ayah yang sudah men1ngg4l dvnia.

Ayah Piah seorang yang g4rang tapi gemar berjenaka.
“Semasa tahu perkhabaran tu, saya berada dalam lif untuk ke rumah sewa di tingkat 8. Tahu pun selepas dapat mesej ringkas abang ‘dah call ambulance ke’ dalam group WhatsApp.
“Disebabkan terkejut dengan mesej tu, saya terus hubungi mama tapi panggilan dijawab oleh adik… dia cakap ‘ayah dah tak ada’, ketika itu azan Maghrib hampir berkumandang,” luahnya seb4k.
Mengimbau kembali kenangan terakhirnya dengan arw4h, ujar Sufiah, sebelum dihantar pulang ke rumah sewa, dia dibawa berjalan-jalan terlebih dahulu.
Malah bapanya sentiasa menjaga kebajikan dan tidak membenarkan dirinya melakukan kerja sambilan supaya dapat fokus kepada pelajaran.
“Ayah bagi duit belanja secukupnya sebab risau kalau saya buat kerja sambilan semasa belajar, dia takut saya tak fokus pada pelajaran dan tugasan kuliah.
“Ayah sangat mengambil berat sebab saya satu-satunya anak dia yang belajar jauh buat masa sekarang.

Gambar raya terakhir bersama ayahnya.
“Perkara yang saya tidak boleh lupakan adalah ayah minta saya jaga diri dan mama. Dia juga mahu saya habiskan pengajian dan membanggakan keluarga,” katanya yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik.
Bercerita lanjut, dia juga bercadang untuk melakukan kerja sambilan sepanjang cuti semester nanti.
Katanya, pengajian bagi semester keempat hanya berbaki kira-kira dua bulan dan dia akan fokus kepada pengajian seperti yang telah diamanatkan.
Tambah Sufiah, bapanya seorang yang g4rang namun suka berjenaka dan mengusik ibunya mahupun adik beradik yang lain.
Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: mstar
via Sinar Viral Network
0 Comments