MELIHAT seorang g4dis didukung bapanya dalam sebuah pusat beli belah membuatkan ramai warga maya cembvru dengan kemesraan dua beranak itu.
Namun siapa sangka di sebalik senyuman dan kegembiraannya, g4dis ini sebenarnya sedang menanggung der1ta yang bukan calang-calang.
Berkongsi cerita dengan mStar, Nurin Adriana Arifah, 21, menjelaskan bahawa dirinya mender1ta peny4kit tulang (scoliosis) sejak 2019, ketika dia masih bersekolah.
View this post on Instagram
“Pertama kali saya dapat tahu ada peny4kit scoliosis ketika berumur 18 tahun. Saya kerap rasa lenguh di bahagian leher. Saya fikir mungkin kesan kemal4ngan langgar kereta masa naik motosikal pergi rumah kawan dulu tapi rupanya bukan.
“Saya rasa makin tak selesa jadi terus ajak ibu ayah bawa ke klinik berhampiran untuk buat pemeriksaan. Siap buat pemeriksaan dengan doktor, dia saran buat ujian X-ray di Hospital Kajang di Selangor.
“Hasil keputusan X-ray tu barulah saya dapat tahu tulang belakang dah bengkok. Tapi bukan kesan daripada kemalangan sebab saya ada masalah s4kit pinggang sebelum kemal4ngan lagi. Selama ini saya ingat selalu s4kit pinggang tu perkara biasa sebab banyak bergerak jalani aktiviti harian atau sebab nak datang bulan,” jelasnya yang senang disapa Yana.
Jelas Yana yang merupakan anak kedua dalam empat beradik, dia mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah berjumpa doktor pakar tulang pada 2018.
Namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak hospital terp4ksa menangguhkan dahulu temu janji seterusnya ketika dia hanya sempat menerima dua sesi rawatan sahaja.
Setelah dua tahun tidak menerima sebarang rawatan, dia mendapat satu lagi berita buruk di mana adiknya, Nurin Adriana Qistina yang berusia 13 tahun pula mengalami masalah sama sejak dua tahun lalu.
“Saya tak sangka rupanya ni peny4kit keturunan sebab adik saya pun kena. Kami sekeluarga boleh tahu adik pun ada scoliosis lepas dia mengadu dekat ibu tulang rusuknya tinggi sebelah.
“Bila bawa adik pergi periksa dekat Hospital Kajang, doktor beritahu yang adik pun ada scoliosis juga cuma k3s dia lebih teruk berbanding saya sebab peratusan tulangnya yang bengkok lebih tinggi.
“Doktor sarankan kami berjumpa pakar tulang dekat Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) dekat Serdang. Jadi bermula dari situlah saya dan adik dapatkan rawatan fisioterapi sebanyak satu atau tiga bulan sekali,” jelas Yana.

Gambar Xray tulang belakang Yana (kiri) dan adiknya (kanan).
Berikutan video tular menunjukkan seorang bapa sanggup mendukung anak g4disnya yang s4kit kaki, rata-rata netizen yang tidak tahu kisah di sebaliknya meluahkan rasa cembvru dan ada juga yang terharu melihat keakraban dua beranak ini.
Bagaimanapun ada juga yang meninggalkan komen berbaur sinis, termasuklah menyatakan bahawa si bapa melayan anak g4disnya seperti permaisuri.
“Masa tu saya pergi mall dan macam biasa orang s4kit scoliosis ni memang tak boleh berdiri atau berjalan lama. Mesti akan rasa s4kit pinggang, kaki dan cepat terasa lenguh. Jadi ayah kasihankan adik sebab tu dia dukung. Saya saja rakam momen tu sebab nampak comel.

Yana (kiri dari belakang) bersama ahli keluarganya.
“Selalu kalau kami cakap sakit pinggang, ayah akan carikan tempat duduk. Jadi kami akan berehat sekejap. Tapi hari tu kami pergi mall hujung minggu jadi orang sangat ramai. Tempat duduk tak banyak dan dipenuhi orang. Ayah pun dukunglah adik sementara abang pergi cari wheelchair.
“Video kena dukung tu rata-rata komen netizen sedih dan cemburu sebab tak semua dapat rasa kasih seorang ayah. Saya tak berniat nak buat siapa-siapa pun sedih. Saya tak sangka pula viral sampai macam ni. Apa-apa pun saya nak ucapkan terima kasih doakan ayah saya yang baik-baik,” ujarnya.
Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: Mstar
via Sinar Viral Network
0 Comments