Bapa merupakan individu penting dalam sebuah institusi keluarga dan penghargaan seharusnya diberikan kepada insan istimewa ini.
Terbaharu, lima beradik membuat kejutan istimewa apabila menghadiahkan motosikal baharu buat bapa mereka.

Menerusi rakaman video yang dikongsi pengguna TikTok, Ilya Faisal memberitahu, kenderaan tersebut dibeli sempena ulang tahun kelahiran bapanya baru-baru ini.
Lima beradik itu sepakat menghadiahkan motosikal tersebut bagi membalas jasa dan pengorbanan bapa mereka buat keluarga selama ini.
Video:
@ilyafaisal7 6/5/1960❤️ Lelaki yg tidak pernah penat membesarkan kami sekeluarga. We Love You Abah🥺❤️🫰🏻 #fyp #foryoupage
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna media sosial terharu dengan kejutan tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 20k tontonan, 1.6k tanda suka.
Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: Kosmo
via Sinar Viral Network
0 Comments