[VIDEO] Ibu, nenek sanggup duduk berhimpit, kereta penuh keladi

Memiliki pokok hiasan seperti keladi eksotik semakin menjadi kegil4an orang ramai ketika ini, bahkan ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit demi mendapatkannya.

Terbaharu, tular di media sosial sebuah video memaparkan dua orang wanita membeli beberapa jenis pokok keladi sehingga memenuhi ruang kereta.

Menerusi perkongsian @athirahpesal, situasi di dalam kereta berkenaan telah mencvri tumpuan orang ramai yang rata-ratanya terhibur melihat keadaan tersebut.

Difahamkan, dia dan keluarganya dalam perjalanan pulang dari sebuah kedai yang menjual pokok bunga.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila ibu dan neneknya yang berada di tempat duduk belakang kereta terpaksa berhimpit sambil memegang pokok keladi yang dibeli sehingga tuan badan agak terlindung kerana telah ditutupi dengan pokok.

Video:

@athirahpesal

Sampai x nampak tuan #fyp #foryouage #keladi #hahahaha😂😂

♬ I’m Addicted To- SUBAG GOO – SUBAG GOO

Selain itu, wajah kedua-duanya dilihat sangat berpuas hati disebabkan berjaya membeli pokok keladi sebanyak itu dan sudah menjadi lumrah kaum wanita yang suka membuat koleksi pelbagai tanaman di rumah.

Sehingga kini, video yang dikongsikan telah menerima lebih sejuta tontonan dan orang ramai turut meninggalkan komen-komen menarik susulan terhibur dengan gelagat dua wanita tersebut.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Kosmo



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...