Impian untuk membeli kereta idaman sememangnya sukar untuk dicapai, lebih-lebih lagi jika kereta yang diimpikan itu merupakan kenderaan import dari luar negara. Namun, impian ini dapat dicapai jika ianya diusahakan dengan bersungguh-sungguh.
Sama seperti selebriti iaitu Wani Kayrie, yang baru-baru ini dapat memenuhi apa yang diimpikan apabila berjaya membeli sebuah kereta idaman iaitu Mercedes-Benz CLA180.

Menurut Wani, atau nama sebenarnya Syazwani syafirah Abdullah, kereta yang berharga sekitar RM192,000 itu dibeli menggunakan hasil titik peluhnya sendiri, setelah bertungkus lumus bekerja sehingga ditimpa sakit.
Tambah Wani, dia sudah lama untuk memiliki kereta sendiri bagi kegunaan urusan harian, dan berharap ianya menjadi punca semangat untuk dia lebih kuat mencari rezeki.
View this post on Instagram
Tidak ketinggalan, Wani juga mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat sepanjang proses membeli kereta tersebut, dan para peminat yang menyokong dan mendoakan dirinya.
Ketika artikel ini ditulis, perkongsia Wani telah mendapat 19.7k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata mengucapkan tahniah kepada dirinya.
Komen netizen:


Untuk makluman, Mercedes-Benz CLA180 dikuasakan oleh enjin 1.5 liter yang mampu menghasilkan 122bhp dan 200Nm tork. Jentera ini mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 9.3 saat sahaja.
Sumber: Instagram Wani Kayrie
via Sinar Viral Network
0 Comments