Belajar ‘law’ di universiti sambil ajar kelas mengaji online, g4dis tak sangka dapat income sampai tak perlu minta duit mak ayah

USIA masih muda, namun g4dis ini berharap perjuangan kecilnya bergelar guru al-Quran mampu memberi manfaat buat insan di luar sana.

Amira Badriyah Azaha, 22, yang juga penuntut bidang Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ini sudah dua tahun bekerja secara sambilan demi mencari secebis rezeki buat dirinya.

Senang disapa Amira, dia berkata kelas yang dijalankan secara dalam talian bukan sahaja menghimpunkan pelajar tempatan, malah turut disertai individu-individu dari luar negara.

“Saya bekerja secara sambilan dengan sebuah syarikat yang menyediakan pelbagai kelas dan saya merupakan tenaga pengajar yang paling muda di situ.

“Sudah hampir dua tahun, saya bukan sahaja mengajar kelas al-Quran, malah turut mengajar kelas taranum, Iqra’ dan jawi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Pelajar dalam kelas saya ada dari serata Malaysia. Saya juga pernah ajar individu dari Brunei, Singapura dan Kanada,” ujarnya kepada mStar.

Menurut g4dis dari Tangkak, Johor itu, permulaan kerjaya sambilan tersebut berlaku secara spontan atas dasar ingin mencuba sahaja.

amira3

Amira sudah melakukan kerja sambilan itu sejak dua tahun lalu.

Namun katanya, dia menemui kepuasan dalam menyampaikan ilmu dan membuat keputusan untuk meneruskan kerja berkenaan biarpun belum menamatkan pengajian.

“Ia bermula ketika cuti semester dua tahun lepas. Saya sekadar cuba, tapi tak sangka dapat lepas temuduga. Mereka pun ada sediakan latihan kepada saya pada peringkat awal.

Ketika usia sembilan tahun, saya belajar taranum. Memang aktif masuk pertandingan ketika sekolah rendah dan menengah.

AMIRA

“Saya temui kepuasan bila tengok mereka faham apa yang diajar. Ada juga yang bagi feedback, mereka kata suka cara saya ajar mengaji sebab saya ajar secara teori, dengan tajwid sekali.

“Bila dapat feedback yang baik, saya rasa hilang segala penat. Sejujurnya cab4ran utama adalah masa. Sangat padat, setiap hari saya mengajar. Malah, saya juga kadang-kadang rasa ragu kerana usia masih muda,” ujarnya.

Di sebalik cab4ran yang dilalui, anak sulung daripada tiga beradik itu bersyukur apabila kerjaya sambilan tersebut mampu membuka pintu rezeki buatnya pada usia yang cukup muda.

amira4

Video yang dikongsi Amira meraih sambutan ramai di TikTok.

“Alhamdulillah, sejak saya mengajar, saya dah tak minta duit dengan mak ayah. Jadi, sedikit sebanyak saya dapat ringankan beban mereka. Mak ayah juga sangat memberi sokongan atas apa yang saya lakukan.

“Mereka tahu saya sangat suka bidang ini, akhirnya saya dapat buat kerja dalam bidang yang saya sukai,” ujarnya yang baru sahaja menamatkan pengajian semester lima.

Imbas Amira, dia mula mempelajari al-Quran ketika berusia tujuh tahun dan aktif menyertai pelbagai pertandingan sejak di bangku sekolah.

“Saya mula mengenal quran pada umur tujuh tahun. Pada masa sama, saya juga suka menyanyi, jadi cikgu ‘tarik’ saya masuk tilawah.

amira2

Amira aktif menyertai pertandingan sejak zaman sekolah lagi.

“Ketika usia sembilan tahun, saya belajar taranum. Memang aktif masuk pertandingan ketika sekolah rendah dan menengah. Alhamdulillah, saya juga boleh menguasai semua lagu taranum.

“Sebabnya, masa bertanding di peringkat negeri, memang peserta kena undi lagu, jadi nak tak nak, saya perlu kuasai semua lagu.

“Kalau ada sesiapa yang berminat nak belajar taranum, paling penting kita kena kuasai tajwid terlebih dahulu. Kemudian kena cari guru, kelas online pun banyak sekarang. YouTube pun ramai yang ajar,” ujarnya lagi.

Walaupun sibuk dengan hal akademik dan kerja sambilan, Amira juga rajin berkongsi video-video berkaitan kalam suci al-Quran menerusi TikTok sehingga meraih lebih 120,000 pengikut dalam tempoh setahun.

Kata Amira, dia bersyukur dengan sambutan yang diterima dan berharap usahanya itu mampu menarik lebih ramai individu untuk mendalami al-Quran.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...