[Vide0] 7 Tahun Menanti Cahaya Mata, Wanita TTC Disahkan Hamil.. Reaksi Suami Tak Ternilai

Tak dinafikan, setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga sudah pasti menginginkan cahaya mata sebagai penyeri serta pelengkap rumah tangga mereka. Namun, tidak semua wanita diberikan rezeki hamil seawal tahun pertama perkahwinan.

7 tahun menanti kehadiran cahaya mata

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Azieshaziana di TikTok, memberi kejvtan kepada suami tersayang dengan memberitahu dirinya disahkan hamil. Difahamkan, pasangan ini telah menanti cahaya mata selama tujuh tahun.

Tabarakallah. Selepas hampir 7 tahun menanti.

Di dalam video berkenaan turut kelihatan wanita TTC ini atau lebih dikenali sebagai wanita yang cuba untuk hamil menyediakan sejambak bunga kecil serta diselitkan sekali hasil ujian kehamilannya untuk memberi kejutan kepada suami tersayang.

Senyuman gembira jelas terpancar di wajah suaminya apabila melihat hasil ujian kehamilan berkenaan. Dalam pada itu, wanita tersebut sering berkongsi pengalamannya sebagai seorang wanita TTC yang akhirnya diberikan rezeki untuk dikurniakan zvriat.

Rupanya masa awak cakap bulan ni ‘sayang akan guna UPT’ yang dah berbulan-bulan saya beli tapi tak sempat pun nak guna, awak dah mimpi dulu yang saya akan mengandung bulan tu.

Video penuh:

@azieshaziana

Reply to @__nrsyfny SEMAKIN CPT KITA TERIMA UJIAN YG ALLAH BERI, REDHA DAN MENYERAHKAN SEBULAT2 PD DIA. SMKN CPT ALLAH MJWB DOA DGN CARANYA TERSENDIRI

♬ Kisah Dongeng – Stacy

Walau bagaimanapun, sebelum ini pasangan berkenaan dicadangkan oleh doktor untuk menjalani IVF (In Vitro Fertilization) ataupun mengambil anak angkat namun berkat kesabaran mereka, akhirnya mereka mendapat berita gembira setelah lama menanti.

Semakin cepat kita reda, terima apa yang Allah tetapkan untuk kita dan menyerah sebulat-bulatnya pada Dia, semakin cepat Allah menjawab doa-doa kita dengan cara tersendiri.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Oh Bulan



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...