MANUSIA hanya mampu merencana, namun Tuhan yang menentukan segala-galanya.
Itulah pepatah sesuai bagi menggambarkan situasi pasangan ini yang diuji saat menjelangnya hari bahagia mereka.
Ketika segala persiapan untuk meraikan detik bersejarah dalam hidup mereka sudah hampir sempurna sepenuhnya, tanpa disangka, bakal pengantin lelaki terlibat dengan kemal4ngan jalan raya yang hampir mer4gut ny4wa, dua minggu sebelum tarikh ijab kabul.
Suami Piya terl4ntar selama kira-kira sebulan di h0spital akibat keced3raan p4rah daripada bahagian paha ke bawah.
Gara-gara kecel4kaan tersebut, tarikh majlis pernikahan terp4ksa ditunda sehingga pengantin lelaki pulih daripada keced3raan yang dialaminya.
Mengimbas kembali tr4gedi hitam yang berlaku awal Oktober lalu, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Piya Fadzill berkata ketika kejadian, suaminya, Bizawira Putra, 24, dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dengan menunggang motosikal.
“Dalam perjalanan pulang ke rumah berhampiran Jalan Telaga Simpul, Kemaman, suami kena g1lis dengan lori tanah. Dia alami ced3ra p4rah daripada bahagian peha ke bawah.
“Masa kejadian, saya di rumah. Saya dapat berita mengejvtkan itu apabila tergerak nak WhatsApp adiknya, bertanya dia dah balik kerja ke belum. Tak sangka, adik dia beritahu yang abangnya kemal4ngan.
“Saya mula-mula ingatkan kemal4ngan biasa saja. Tapi masa di h0spital, doktor maklumkan keadaan sebenarnya. Ketika itu tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan saya.
“Memang tak fikir majlis kahwin dah, apa yang saya tahu, saya tak henti-henti berdoa semoga dia cepat sembvh, cepat sedarkan diri. Masa itu saya hanya berdoa, reda dan menyerahkan semuanya kepada Allah,” kata wanita berusia 23 tahun ini.
Video:
View this post on Instagram
Menurut Piya, akibat kemal4ngan ng3ri tersebut, tulang keting kanan suaminya h4ncur selain mengalami keret4kan pada lutut, p4tah paha kanan, p4tah tangan kiri, keret4kan tempvrung kepala dan gegaran ot4k.
Suaminya juga terlantar kira-kira sebulan di h0spital, termasuk terp4ksa ditidurkan selama seminggu.
“Dalam tempoh itu, saya hanya mendapat berita perkembangan dirinya daripada ayah mentua yang menjaganya selama di h0spital.
“Kedua-dua keluarga dan rakan-rakan tak henti-henti buat solat hajat dan berdoa moga dia sedar dan kembali pvlih. Alhamdulillah, berkat doa semua, dia sedar dan menunjukkan perkembangan positif.
“Saya dan keluarga bersyukur sangat-sangat sebab dia diberi peluang kedua,” ujarnya.
Setiap percintaan, kalau kita ikhlas dengan pasangan, susah atau senang dia, kita kena bersama-sama. Itulah yang menguatkan sesebuah percintaan.
PIYA FADZILL
Tambah Piya, sungguhpun ketika itu suaminya mengalami keced3raan parah dan mempunyai harapan tipis untuk selamat, namun dia tetap yakin dengan qada serta qada Allah, malah memilih untuk setia menunggu.
“Setiap percintaan, kalau kita ikhlas dengan pasangan, susah atau senang dia, kita kena bersama-sama. Itulah yang menguatkan sesebuah percintaan.
“Dalam pada itu, sokongan keluarga juga sangat penting ketika dilanda ujian macam ni.
“Kita kena percaya, setiap ujian ada hikmah. Kita tak tahu apa yang akan jadi. Allah duga ni ada maknanya, untuk angkat darjat kita menjadi lebih reda dan sabar,” katanya.
Tambahnya lagi, mereka akhirnya selamat diijabkabulkan pertengahan November lalu dalam suasana yang sederhana yang hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan terdekat.
Piya akhirnya diijabkabulkan dengan suaminya pada pertengahan November lalu.
Sekadar membuat perkongsian pengalaman di aplikasi TikTok, Piya sama sekali tidak menyangka dihujani dengan kata-kata semangat dan doa daripada netizen yang mendoakan kebahagiaan rumah tangganya.
“Kami rasa bersyukur dapat disatukan akhirnya. Walau dalam keadaan macam ni, sekurang-kurangnya saya boleh jaga suami. Sekarang ni suamu masih perlu guna wheelchair dan jalani r4watan berkala untuk cuci luk4.
“Saya tak ada niat nak viral, sekadar muat naik untuk kenangan saja. Bagi yang ada suami atau orang tersayang diuji s4kit, kita kena jadi sistem sokongan mereka. Jangan bagi mereka down, bagi mereka semangat dan jangan tinggalkan mereka.
“Sekali lagi saya minta doa supaya terus mendoakan kesembvhan suami, cepat boleh berjalan dan pulih seperti biasa. Kita tak tahu, dalam doa ramai orang, mungkin ada yang Allah angkat,” katanya lagi.
Sehingga kini perkongsian Piya di aplikasi TikTok meraih melebihi 100,000 jumlah tontonan.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: Mstar
via Sinar Viral Network
0 Comments