Tinggal kenangan… 26 tahun bawa suara Nobita dalam animasi Doraemon, Yoshiko Ota men1ngg4l dvnia ak1bat ser4ngan j4ntung

PEMILIK suara bagi watak Nobita dalam siri animasi popular, Doraemon iaitu Yoshiko Ota men1ngg4l dvnia ak1bat ser4ngan j4ntung pada usia 89 tahun.

Menurut laporan TodayOnline, Yoshiko menghembvskan n4fas terakhir di h0spital Kanagawa, Jepun pada 29 Oktober lalu.

Bagaimanapun, berita kem4tiannya itu hanya diumumkan oleh The Theater Echo Company pada Selasa lalu.

Yoshiko menggalas tanggungjawab membawakan suara Nobita sejak tahun 1979 hingga 2005.

Bukan sahaja dalam animasi Doraemon, suara Yoshiko juga pernah digunakan dalam animasi Jungle Emperor Leo membawa watak Leo pada 1966.

doraemon 3

Animasi Doraemon popular di banyak negara termasuk Malaysia.

Suara Yoshiko turut digunakan di Hollywood sebagai Mary dalam Peter Pan dan watak Vixey dalam The Fox and the Hound.

Atas bakatnya itu, dia pernah menerima anugerah Lifetime Achievement Award 2016 di Tokyo Anime Award Festival.

Yoshiko dilahirkan di pada 25 April 1932 di Hyogo dan mendirikan rumah tangga dengan pelakon alih suara Osamu Saka.

Osamu pula terjun dalam bidang animasi sejak tahun 1947 di bawah pengurusan Takarazuka Revue.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...