“Terima Kasih Sebab Masih Ambil Berat…” Bella Astillah Jawab Komen Peminat Bila Nak Bertudung, Tutup Aur4t

Melihat hantaran-hantaran yang ada pada platform media sosial penyanyi dan juga pelakon Bella Astillah, pasti ramai dapat melihat kelincahan Bella menari dan menyanyi, khususnya untuk kandungan TikTok serta Instagram.

Sungguhpun terlihat normal, namun, rutin isteri kepada penyanyi Aliff Aziz itu kadang-kala menimbulkan respons yang pelbagai daripada pengikutnya. Selain menerima pujian, Bella juga sering menerima komen dalam kalangan peminat yang memintanya untuk menutup aurat.

Sentiasa menerima krtikan dan cadangan secara positif, Bella berkata, dia mengucapkan terima kasih atas teguran yang diberikan oleh peminat mengenai penampilannya.

Ujar Bella, dia berharap agar peminat sentiasa mendoakannya supaya dia berubah ke arah yang lebih baik.

“Saya faham, ramai yang concern dan ambil berat. Terima kasih banyak-banyak, saya sangat hargai respons yang diberikan. Cuma apa yang saya boleh katakan adalah doakanlah saya.

“Kalau tanya saya sendiri, siapa yang tak nak (menuju ke arah kebaikan)? Cuma ada perkara yang perlu saya buat… jadi insya-Allah doakanlah saya,” katanya kepada Gempak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah)

Selain itu, Bella turut mengulas mengenai kegemarannya memuat naik video-video tarian yang di media sosial.

“Sebenarnya, saya memang menari sejak zaman sekolah. Ia bukanlah satu perkara baharu. Suami saya sendiri mengenali saya sebagai seorang penari. Selalunya, kalau menari tu, saya terlibat dengan kempen dan juga melunaskan kerja untuk pelanggan (client). Selain itu, saya juga menari atas dasar hobi.

“Jika bercakap tentang komen-komen neg4tif yang saya terima menerusi video tarian yang saya muat naik, saya hanya ignore,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Bella memberitahu yang dia sedang dalam proses untuk menyiapkan single baharu. Namun, dia tidak mahu terburu-buru untuk memasarkan single berkenaan kerana menginginkan hasil yang terbaik.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Gempak



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...