“Tak apa, mungkin rezeki saya di Malaysia” – Tak sanggup t4nggung r1ndu, wanita resign kerja di luar negara… kepulangan mengejuvt buat 4 anak mengalir air m4ta

MEMPUNYAI kerjaya yang stabil dan selesa di luar negara, namun wanita ini memilih untuk melepaskan cita-cita demi keluarga tersayang.

Beberapa tahun berkhidmat di Brunei Darussalam berbekalkan pengalaman dan kepakarannya yang meluas dalam bidang pertanian organik, wanita bernama Wahida Hambali ini nekad pulang ke tanah air untuk berada di sisi keluarga.

Lebih manis, kepulangannya sengaja dir4hsiakan demi memberi kejvtan kepada empat anaknya selepas dua tahun menanggung rindu.

Wahida berhijrah ke Brunei selepas menerima tawaran sebagai seorang tenaga pengajar untuk program pembangunan belia industri padi di negara berkenaan.

Momen penuh bermakna ketika pertemuan bersama anak-anaknya yang sempat dirakam dan dimuat naik di aplikasi TikTok, cukup menyentuh jiwa rata-rata netizen.

Berkongsi cerita dengan mStar, Wahida berkata dia mula berhijrah ke Brunei pada awal 2019 selepas menerima tawaran sebagai seorang tenaga pengajar untuk program pembangunan belia industri padi di negara berkenaan.

“Empat anak saya dijaga oleh ibu saudara mereka, yang juga biras saya di Kuala Selangor. Mereka memang rapat dan anggap biras yang saya panggil Kak Long sebagai ibu kedua kerana dari kecil lagi dah dijaga ketika saya bekerja waktu siang.

“Hanya bayi yang masa tu baru lepas pantang saja saya bawa bersama. Tahun pertama tak ada masalah. Kerja pun seronok sebab ia bidang yang kita suka. Sepanjang tahun tu saya berulang alik Kuala Lumpur-Brunei setiap bulan.

“Namun masalah bermula apabila p4ndem1k. Sempadan negara ditutup, suami pula masa tu di Miri uruskan bisnes pertanian kami. Saya last balik ke Kuala Lumpur hujung 2019.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya sama sekali tak tak sangka C0vldl9 makin memisahkan. Dua tahun saya raya dua beranak di perantauan. Tak pernah rasa pengalaman macam ni. Saya pula anak kecil, tiada sesiapa di sisi jadi memang ia tempoh yang sungguh suk4r,” ujar wanita berusia 41 tahun ini.

Wahida yang juga pengasas baja organik, Sri Organik berkata, pada pertengahan 2020, dia cuba untuk pulang ke tanah air.

“Saya buat permohonan cuti, sebab rasa lama sangat dah p4ndem1k. Tapi kos swab di sini sangat mahal, tambahan pula tempoh ku4rant1n ketika itu 14 hari, kena kuarantin di sana dan ketika pulang.

surprise 4

Wahida mempunyai pengalaman luas dalam bidang pertanian organik.

“Banyak kek4ngan jadi saya tangguh dulu. Saya positif p4ndem1k habis cepat. Tapi masuk Jun tahun ini, saya dah tak sanggup tahan r1ndu. Anak-anak dan suami pun r1ndu. Bila macam ni, kerja pun tak happy.

“Saya minta cuti mandatori atau cuti tanpa gaji. Namun ambil masa, prosedurnya sangat ketat lebih-lebih lagi pada Julai, k3s naik di Brunei. Bila jadi macam tu, saya fikir sampai bila p4ndem1k nak habis.

“Jadi saya fikir, saya nak balik terus. Majikan benarkan tapi kena cari pengganti. Alhamdulillah seorang sahabat sama bidang diterima bekerja ganti saya, saya lega dan bersyukur. Walaupun baru saja renew permit kerja, tapi saya pilih untuk batalkan,” ujar ibu kepada lima orang anak berusia antara dua tahun setengah hingga 16 tahun ini.

Tambah usahawan ini lagi, kali pertama penerbangannya untuk ke Malaysia pada 27 Oktober terp4ksa dibatalkan selepas anak bongsunya disahkan positif C0vldl9.

Saya tak beritahu anak-anak atau update apa-apa pun di media sosial sebab nak buat kejvtan.

WAHIDA HAMBALI

Hanya selepas pulih dan selesai menjalani kuarantin, mereka dua beranak terbang pulang ke tanah air pada 5 November lalu.

“Bila sampai, kami ku4rant1n di kampung saya dekat Teluk Intan. Saya tak beritahu anak-anak atau update apa-apa pun di media sosial sebab nak buat kejvtan. Saya hanya beritahu Kak Long dan adik saya saja.

“Pada 12 November, lepas pot0ng gelang, Kak Long bawa anak-anak balik kampung kononnya nak jenguk nenek… mereka tak expect saya balik. Saya pula niat nak rakam untuk simpan momen bermakna ni.

surprise 3

Bersama Menteri Belia dan Sukan, Brunei dan majikannya, Live Wire dan Brunei Shell Oil & Gas.

“Pertama kali nampak saya sebaik sampai di kampung, memang semua men4ngis. Dua tahun tak jumpa mestilah r1ndu. Mereka berempat ni anak dari suami pertama yang sudah men1ngg4l dvnia beberapa tahun lalu.

“Setiap malam nak tidur dengan mak mereka. Alhamdulillah, keputusan saya berhenti, k0rbankan kerjaya memang untuk anak-anak adalah pilihan yang tepat. Tak apa, mungkin rezeki saya di Malaysia,” ujarnya lagi.

Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, Wahida berkata dia sekadar mahu berkongsi momen manis bersama anak-anaknya untuk diabadikan sebagai kenangan.

surprise 2

Wahida bersama lima anaknya yang berusia antara dua tahun setengah hingga 16 tahun.

“Dalam masa yang sama, saya nak sampaikan mesej kepada mereka di luar sana khususnya usahawan. Masa p4ndem1k, semua orang sangat strvggle dengan mas4lah. Saya tak terkecuali. Nak fikir bisnes lagi, berpisah dengan famili dan macam-macam.

“Bangkit cepat-cepat. Mana yang terpisah, baliklah segera. Di mana jua kita kejar duit ringgit, tapi bonding dengan anak-anak sangat penting. Anak-anak harta yang tak ternilai. Kena bijak seimbangkan karier dengan keluarga,” katanya lagi.

Sehingga kini, video yang dimuat naik oleh Wahida meraih melebihi 426,000 jumlah tontonan.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...