“Power!” – CGI Video Terbaru Sofyank Dipuji Ramai, Ramai Kata Lagi Power Dari Filem Tempatan

Kehebatan Youtuber yang juga influencer di media sosial, Sofyank dalam membuat video dengan editing menarik memang tak dapat disangkal lagi.

Malah dia bukan saja pernah berkolaborasi dengan influencer antarabangsa terkenal seperti Zach King, dia juga pernah buat video dengan pelakon Hollywood seperti John Cena dan Will Smith! Hebat kan??

“Project paling sus4h dan juga seronok buat tahun ini” 

Baru-baru ini, Sofyank telah memuat naik behind the scene video yang dilakukannya mempromosi sebuah permainan video.

Menurut Sofyank, projek tersebut antara projek paling sus4h yang pernah dilakukannya tetapi agak menyeronokkan bagi tahun ini.

Tambahnya lagi, dia mengambil masa 3 hari untuk shooting video tersebut tetapi 1 bulan 15 hari untuk proses editing. Lama jugak ye! 

Video:

Menerusi video kat atas korang boleh lihat sendiri kebolehan Sofyank mengedit latar belakang video itu dengan special effects yang menarik.

Daripada shooting latar belakang green screen je, dia ubah lokasi jadi di atas pesawat siap terjun dari pesawat lagi tu. Fuh ala-ala filem aksi Hollywood dah min tengok.

“The next generation of CGI makers” 

Kebolehan dan skill yang ada pada Sofyank dalam membuat CGI sangat dikagumi netizen sehingga ada yang mengatakan ia lebih baik daripada apa yang produksi tempatan kita boleh lakukan.

Ramai juga berharap pada suatu masa nanti Sofyank boleh buat filem sendiri dengan kebolehan yang dia ada tu. Mesti level-level international! 

Korang boleh tengok video penuh projek hasil tangan Sofyank kat bawah ni:

Good job Sofyank! Semoga terus berjaya dalam bidang diceburi ini! 

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Lobak Merah



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...