Pemuda men4ngis di sebalik kostum Mickey Mouse lihat sahabat terpis4h 25 tahun depan mata – “Nenek Raja b4ntai kami dengan getah paip”

SIAPA sangka kejvtan pr4nk sempena sambutan hari jadi menjadi momen sangat menyentuh em0si apabila dua sahabat dipertemukan buat pertama kali selepas terpisah selama hampir 25 tahun.

Di sebalik kostum Mickey Mouse, seorang pemuda berbangsa Melayu menanti penuh deb4ran demi membuat kejvtan itu untuk rakan baiknya berbangsa India.

Menerusi perkongsian video yang kini tular, hanya pelukan erat dan linangan air m4ta dapat menggambarkan ker1nduan dua sahabat yang tidak terungkap.

Pertemuan penuh bermakna antara dua sahabat yang lama terpis4h.

Berkongsi cerita sebenar, pemuda Melayu berkenaan, Mohd Zulnurain Abbas, 38, berkata, dia mengenali rakan sebaya berbangsa India, Nagarajan Vijian sejak mereka berusia dua tahun ketika menetap di perumahan estet di Jasin Lalang di Jasin, Melaka.

Menurutnya, hubungan mereka begitu akrab meskipun dia bersekolah di sekolah rendah kebangsaan (SRK) ketika itu, manakala Nagarajan atau lebih dikenali sebagai Raja belajar di sekolah jenis kebangsaan (SJK) Tamil.

“Ibu saya merupakan ibu tunggal dan bekerja sebagai buruh di estet. Raja pula dibesarkan oleh neneknya di perumahan sama di mana datuknya bekerja sebagai penoreh getah.

“Kami sangat rapat sebab lepas habis sekolah, saya akan ke rumah nenek Raja dan neneknya yang tolong jaga saya sehingga ibu habis kerja waktu petang.

“Raja yang mengajar saya bercakap dalam bahasa Tamil sejak kecil dan kami banyak bercakap Tamil sehingga sekarang saya fasih berbahasa Tamil,” katanya kepada mStar.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Selain fasih berbahasa Tamil, dia yang lebih mesra disapa Olan turut memberitahu zaman kanak-kanaknya banyak dihabiskan bersama Raja.

“Dari kecil kami sama-sama pergi sungai tangkap ikan. Kami main bola, guli, kad gambar dan galah panjang. Paling kelakar kami kena b4ntai dengan nenek Raja guna getah paip

“Kami ni nak4l. Nenek Raja pesan jangan main tengah hujan, tapi kami deg1l dan tetap juga main sampai basah lencun sebab berbaring atas lecak,” ujarnya secara berseloroh.

sahabat terpisah 25 tahun 4

Foto kiri Olan dan kanan Raja ketika kanak-kanak.

Namun kata Olan, keseronokan mereka tidak berpanjangan apabila Raja diambil semula oleh ibu bapanya untuk tinggal bersama adik beradik lain di Pagoh di Muar, Johor.

“Kami baru berusia 12 tahun dan masing-masing bersuara tak mahu berpisah jauh. Saya masih ingat saya kejar teksi yang dinaiki Raja bersama mak ayahnya.

“Saya nampak Raja keluarkan kepalanya dari tingkap teksi dan jer1t nama saya. Tak ingat berapa jauh saya kejar dan jer1t nama dia, sampai saya sendiri terjatuh dan lepas tu dah tak nampak teksi. Itulah kali terakhir saya melihat wajah Raja,” katanya dalam nada seb4k.

sahabat terpisah 25 tahun 3

Olan (belakang, dua kanan) dan Raja (belakang, tengah) bersama keluarga masing-masing.

Olan yang merupakan pekerja kilang memberitahu, sejak itu kedua-dua mereka terpvtus hubungan, apatah lagi dia dan keluarganya berpindah ke rumah lain di Jasin selepas itu.

“Sebenarnya banyak kenangan sus4h senang saya dan Raja bersama. Ibu saya dulu orang sus4h, rumah kami tak ada lauk. Raja senyap-senyap ambil beras, bawang dan barang dapur lain dari rumah neneknya dan kemudian datang ke rumah beri pada saya untuk mak masak lauk.

“Kami bukan jenis meminta duit. Kalau nak makan ais krim atau keropok, kami ikhtiar cari duit dengan kutip kelapa tua untuk buat santan dan jual. Duit tu kami beli ais krim atau keropok dan sama-sama makan atas pokok,” tambahnya.

sahabat terpisah 25 tahun 7

Olan (hadapan, dua kanan) dan Raja (kanan) bersama ahli keluarga Raja di majlis hari jadi.

Bagaimanapun, dia yang kini telah berkahwin dan menetap di Alor Gajah, Melaka berkata, kepulangannya untuk berjumpa ibunya di kampung pada akhir tahun memberi sinar baharu.

“Bermula dari request ibu minta saya beli barang dapur di kedai runcit, saya ditegur oleh seorang rakan perempuan bernama Hema yang juga tinggal di estet dulu.

Setiap kali solat, saya selalu berdoa agar diberi peluang untuk berjumpa semula dengan Raja. Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan

MOHD ZULNURAIN ABBAS

“Hema yang beri telefon nombor Raja dan sampai men4ngis bila saya dapat dengar suara Raja. Sepatutnya kami rancang nak jumpa pada Januari lalu.

“Tapi PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) 2.0 pula dan aktiviti rentas negeri tidak dibenarkan, jadi berbulan-berbulan rancangan kami tertangguh,” kata bapa kepada empat cahaya mata itu sambil menambah mereka tetap berhubung antara satu sama lain.

sahabat terpisah 25 tahun 2 W

Olan (kanan) dan Raja gembira bertemu semula.

Dalam pada itu, Olan berkata, kebenaran rentas negeri sejak Oktober lalu ternyata menggembirakan, sekali gus membolehkannya untuk bertemu Raja yang bekerja sebagai pemandu lori dan mempunyai tiga anak, pada Hari Deepavali lalu.

“Secara kebetulan, birthday Raja jatuh pada 4 November iaitu Hari Deepavali. Dengan bantuan isteri Raja, kami rancang untuk buat pr4nk pada majlis hari jadi Raja sebelah malam.

“Saya pakai kostum Mickey Mouse nak buat kejutan pada Raja. Dalam kostum saya boleh nampak dia dan saya dah mula men4ngis… mukanya sama, senyuman pun masih sama.

“Setelah hampir 25 tahun kami jumpa kembali. Setiap kali solat, saya selalu berdoa agar diberi peluang untuk berjumpa semula dengan Raja. Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan,” katanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...