“Ni Lah Syurga Aku” – Bestnya! Bilik R4hsia Ozlynn Dah Macam Groceries

Pelakon Ozlynn menarik perhatian peminat selepas berkongsi tempat penyimpanan stok barangan dapur di rumahnya.

Menerusi perkongsian terbaharu Ozlynn di hantaran Instagramnya, isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Johan ini memaklumkan ruangan simpan ini memudahkan untuk berkongsi rezeki dengan tetamu mahu pun adik-beradik yang memerlukan.

“Siapa tahu bilik r4hsia aku ni memang akan dorang selongkar. Ini baru setempat. Kalau pusing kiri svsu penuh, biskut melambak, kuih dan muih beraneka macam.

“Tisu tandas, tisu dapur, air zam-zam pun ada. Selalu yang datang kalau perlukan bekal memang akan masuk bilik r4hsia ni.

“Beras Basmathi? Wangi? Biasa pun ada. Milo? Horlick? Black coffee? White coffee? Ada ruang khas dalam almari.

“Senang siapa tersed4k atau terdes4k kawan-kawan atau adik-beradik, memang dorang tahu nak selongkar mana.

“Inilah syurga aku. Hanya yang suka masak akan rasa perasaan aku ni. Yang penting sebelum ambil kena ucap Alhamdulillah dan doa dulu untuk keluarga aku. Yang ini memang aku p4ksa.

“Kaum Hawa memang akan doa nak ruang ni. Aku daakan korang semua dilimpahkan rezeki yang tidak disangka-sangka. Paling penting bila ada rezeki jangan lupa ‘orang tepi’,” kongsinya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

Sementara itu menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya bersetuju dengan cara Ozlynn lagi-lagi untuk mereka yang mempunyai keluarga besar.

Selain itu mereka juga memuji sifat pemurah Ozlynn dan keluarganya yang suka berkongsi rezeki. Ozlynn mendirikan rumah tangga bersama Johan pada 25 Julai 2009. Pasangan ini mempunyai enam orang anak iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq, Moleiq dan Cherdiq.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Gempak



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...