“Ni lagu 80s ni!” – [Vide0] Semangat! Ramai Teruja Tengok Aunties Cina Nyanyi Lagu Melayu

Sekarang ni, lagu Melayu seronok apa yang korang selalu dengar? Macam Min, Min suka dengar lagu Hael yang baru tu… Kelentang Kelanting Kelentang Kelentong Ala Ale Ale~~

Tapi, korang pernah tak rasa lagi seronok bila dengar lagu zaman-zaman dulu yang mengimbau zaman bercinta.. Ehh? Apatah lagi kalau ada yang ikut tahu lagu tu dan nyanyi sama-sama. Memang menusuk kalbu lah orang kata.

Sama feeling lepas tengok video di TikTok yang dikongsikan menerusi akaun @en_goldmaster3185 yang mana dia sempat merakam gelagat dua aunties berbangsa Cina betul-betul semangat bila menyanyi di hadapan orang yang bermain piano di sebuah pusat membeli belah.

Steady je nyanyi lagu Hanya Sekali – Ideal Sisters

Tapi kenapa semua teruja sangat tengok dua orang aunties tu menyanyi? Haaa, kalau korang dengar betul-betul lirik yang dinyanyikan, aunties ni nyanyi lagu Melayu tau! Fasih pula tu, siap menari comel-comel ikut beat lagu lagi.

Video:

@en_goldmaster3185

Steady amoi 2 orang ni layan lagu melayu

♬ original sound – En_goldmaster3185 – En_goldmaster3185

Bagi yang kurang familiar, lagu yang dinyanyikan adalah lagu Hanya Sekali dari Ideal Sisters yang pernah popular pada era 1980-an. Lagu ini semakin dikenali sejak 1990-an selepas dinyanyikan semula oleh kumpulan wanita tanah air iaitu Feminin.

Oleh sebab itu, pelbagai reaksi dari netizen dikongsikan di bahagian komen. Mana taknya, lagu-lagu zaman 80-an, 90-an ni memang autom4tik akan buat ramai teringat kenangan lama. Lagu legend lah katakan…

Turut ada yang kata, silap-silap aunties dua orang ni penyanyi sebenar lagu Hanya Sekali kerana setiap bait lirik dinyanyikan sepenuhnya oleh mereka berdua. Ehh, ke situ pula korang nii… Hahahaha…

Lepas dengar lagu ni, teringin pula nak pergi karaoke… Kalau Min ajak, korang nak ikut tak?

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Lobak Merah



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...