Makan tak lalu, tidur tak lena dek kerana gemvruh… Berhari-hari dipvjuk baru adik 16 tahun setuju jadi wali nikah kakak, dah takdir ayah pergi dulu

SIAPA yang tidak mahu berwalikan bapa sendiri di hari pernikahan mereka, namun aj4l m4ut di tangan tuhan.

Empat bulan sebelum majlis pernikahannya yang berlangsung pada 19 Oktober lalu, wanita ini kehilangan bapanya tercinta.

Eqin terp4ksa mencari wali lain apabila ayahnya men1ngg4l dvnia beberapa bulan sebelum majlisnya.

Walaupun sed1h saat kehilangan wali utamanya itu, Siti Nurul Asyiqin Mat Nadi, 23, bagaimanapun bangga melihat adik bongsunya yang baru berusia 16 tahun memberanikan diri tampil memikul tanggungjawab tersebut.

Berkongsi video pernikahannya di laman TikTok, Siti Nurul Asyiqin yang mesra dipanggil Eqin berkata, dia dan pasangan Muhammad Atiqi Ghazali, 23 mula merancang majlis pernikahan mereka sejak bulan Mei lalu.

Mal4ngnya bapa Eqin yang sepatutnya menjadi walinya pergi meninggalkan mereka terlebih dahulu.

Anak kedua daripada empat beradik ini berkata, bapa saudaranya kemudian menawarkan diri untuk menggantikan tempat arw4h bapanya.

“Arw4h ayah men1ngg4l pada 18 Jun, masa tu Eqin tengah kursus kahwin, dia ada peny4kit kenc1ng manis dan men1ngg4l sebab s4kit tua.

“Kami ada empat adik beradik, tiga perempuan seorang lelaki.

“Mula-mula bapa saudara yang nak walikan tapi tok imam cakap adik lebih layak sebab dia dah matang,” katanya yang menetap di Pasir Pekan, Kelantan.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Menurut Eqin, kakak serta makciknya terp4ksa mengambil masa beberapa hari untuk memvjuk adiknya, Muhammad Nordin Mustaqim yang pada mulanya menolak kerana gemvruh untuk berhadapan dengan orang ramai.

“Dia macam “eh kenapa kena jadi wali, pak ngah kan ada?”

“Kami cakap dekat dia “Akim kena la jadi wali, tak ada siapa dah, kesian angah planning lama dah”.

“Nak sign borang untuk nak hantar ke pejabat agama pun kami kena pvjuk dia dulu.. ada dalam tiga empat hari, kami bagi dia ruang untuk fikir dulu,” katanya.

Nordin menjadi wali yang menikahkan kakaknya.

Menurut Eqin, dia bagaimanapun bangga melihat adiknya, seorang yang pemalu, akhirnya berani memikul tanggungjawab sebagai satu-satunya anak lelaki.

“Masa tu rasa macam Allah, kalau papa ada mesti papa bangga, sebab dia jenis pemalu jadi tak sangka majlis besar macam tu dia jadi orang yang paling penting,” ceritanya.

Sementara itu Nordin berkata, rasa gemvruh yang dialaminya membuatkan dirinya makan tak lalu, tidur tak lena.

“Sehari sebelum tu memang macam nak tidur pun tak lena, makan pun tak nak sangat sebab ramai yang duk us1k “haa.. Esok kena salam dengan tok imam..” jadi makin gvgup la,” katanya.

Eqin selamat diijabkabulkan dengan pasangannya pada 19 Oktober lalu.

Namun, menyedari tanggungjawabnya sebagai anak lelaki dalam keluarga, Nordin menguatkan diri untuk melaksanakan amanah yang telah diberikan papa mereka.

“Tapi saya satu-satunya lelaki yang papa amanahkan, malu ke takut ke, saya kena laksanakan sebab tu amanah papa,” katanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...