‘Lelaki plastik samp4h’ viral, suka buat parodi depan binaan ikonik rupa-rupanya cikgu… l4rang pelajar cakap tentang TikTok dalam kelas

BERMULA secara suka-suka, kehadiran ‘lelaki plastik s4mpah’ ini menerusi aplikasi TikTok ternyata mencvri perhatian ramai.

Malah, video memaparkan dia membuat aksi lip-sync’ lagu-lagu popular turut menjadi tular sehingga menerima lebih sejuta tontonan.

Menurut Nazrul Hazric, dia mula aktif di TikTok sejak Februari lalu dan tidak menyangka akan meraih pengikut tersendiri dalam tempoh kurang setahun.

Nazrul merupakan seorang guru subjek Matem4tik di sebuah sekolah di Pekan, Pahang.

“Saya bermula di TikTok pada Februari lalu. Ketika itu saya tertarik dengan topi yang digayakan penyanyi Aina Abdul.

“Jadi saya guna sebuah topi dan balut dengan plastik s4mpah warna hitam. Saya juga balutkan tvbuh dengan plastik sama.

“Saya memang minat ke arah dunia seni, jadi saya nak cuba tonjol bakat di TikTok. Kawan-kawan pun bagi sokongan. Niat saya cuma nak hiburkan orang,” ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Nazrul, video-video miliknya turut tular apabila ia dirakam di hadapan binaan ikonik seperti Menara Berkembar Petronas (KLCC) di Kuala Lumpur dan Kota A Famosa di Melaka.

Kata Nazrul, dia menyahut cab4ran rakannya untuk membuat rakaman di kawasan awam dan mengakui seronok dengan penerimaan ramai terhadap apa yang dilakukannya.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Kawan saya yang c4bar untuk shooting di luar. Pada mulanya kami buat di pulau. Bila video itu tular, tiada yang kec4m. Jadi saya pun rasa seronok.

“Pada masa sama, kawan kata why not gunakan kaedah ini untuk promosikan pelancongan Malaysia. Sebab itu saya berani buat rakaman di luar.

“Bila saya ke Kota A Famosa dan KLCC, ada orang tegur, ada juga yang minta bergambar. Maksudnya, mereka kenal dan ada penerimaan baik atas apa yang saya hasilkan,” ujarnya lagi.

Saya cuma manusia biasa yang nak tonjol bakat kepada orang ramai.

NAZRUL

Mengenai dirinya, Nazrul sebenarnya seorang guru Matem4tik di sebuah sekolah menengah di Pekan, Pahang.

Menurut Nazrul yang sudah tujuh tahun bergelar pendidik, dia bersyukur dengan penerimaan positif rakan sejawat serta anak murid, namun enggan minatnya itu mengganggu kerjaya hakikinya di sekolah.

“Selepas video saya raih sejuta tontonan, ada anak murid yang ucap tahniah di sekolah. Tapi saya kata, dalam kelas jangan bercakap mengenai TikTok.

“Sudah tentu saya juga risau pada awalnya. Bila nak buat TikTok, saya tak mahu dikaitkan dengan kerjaya saya. Saya juga ada impian nak jadi anak seni, nak jadi pelakon.

“Jadi saya gunakan TikTok untuk tunjuk bakat. Saya juga tak ded4hkan kepada orang ramai di TikTok bahawa saya seorang guru.

nazrul2

Nazrul aktif di TikTok sejak Februari lalu.

“Saya cuma manusia biasa yang nak tonjol bakat kepada orang ramai, nak hiburkan netizen,” ujarnya yang turut mengusahakan bisnes wangian sejak dua tahun lalu.

Dalam pada itu, Nazrul turut menitipkan ucapan terima kasih buat semua netizen yang memberi sokongan terhadap video parodi yang dihasilkannya.

“Secara rendah diri, saya nak ucapkan terima kasih kepada followers serta team saya yang menyebabkan view terus naik. Kepada yang selalu bagi kata-kata positif, saya nak ucapkan terima kasih juga.

“Saya harap anda terhibur, moga medium ini boleh buatkan anda tersenyum,” ujarnya lagi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...