“Kejayaan Demi Kejayaan, Tahniah Kak Siti Kusayang,” – Terima Trofi Kesekian Kalinya, Ramai Beri Dedikasi Buat Tok Ti

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menzahirkan rasa syukur selepas namanya tersenarai sebagai antara penerima Anugerah Usahawan Selebriti Tahunan bagi kategori kecantikan dan kesihatan di Bumiputera Business Excellence Awards (BBEA), semalam.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Tan Sri Noh Haji Omar.

Menurut Siti, penganugerahan tersebut disifatkan sebagai ‘moral booster’ buat dirinya untuk terus berusaha untuk sentiasa memberikan yang terbaik sama ada dalam bidang seni mahupun keusahawanan.

“Alhamdulillah, hari ini saya menerima Bumiputera Business Excellence Awards ( BBEA) yang berlangsung sebentar tadi.

“Anugerah Celebrity Entreprenuer Of The Year ( Beauty & Health) ini disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Tan Sri Noh Haji Omar di Hotel Shangrila.

“Anugerah ini adalah penyuntik semangat saya untuk terus berusaha memberikan yang terbaik sama ada dalam bidang perniagaan dan juga hiburan,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Khabar gembira itu dikongsikan penyanyi lagu Biarlah Rahsia itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram.

Dikesempatan itu juga, ibu kepada dua orang cahaya mata itu turut merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang tidak henti-henti menyokong perjalanan kerjayanya selama ini.

“Terima kasih saya ucapkan kepada penganjur BBEA di atas pemberian anugerah ini.

“Setinggi tinggi Tahniah juga buat Tulang belakang saya terutama sekali suami dan keluarga tercinta serta peminat saya,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut menyifatkan Siti sememangnya layak untuk menerima anugerah tersebut.

Komen netizen:

Terdahulu, Siti telah mengorak langkah menceburi bidang bisnes selepas memperkenalkan produk kecantikannya sendiri, Simply Siti yang mula diasaskan pada 2010.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: MH



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...