Kes pembunuhan yang berlaku ke atas Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain mengejutkan semua pihak dan mendapat liputan semua media. Walaupun kes tersebut sudah lama berlalu, namun, kronologi peristiwa tersebut menjadi sebutan orang ramai. 02 November 2021 menyaksikan enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah dijatuhkan hukuman.
Hukuman penjara 18 tahun dijatuhkan terhadap enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) setelah didapati bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain. Manakala, 12 lagi penuntut UPNM yang didapati bersubahat dalam kes itu dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun.
Tular pula di media sosial kini, ada pihak yang mendakwa kejadian yang berlaku mempunyai sebab-sebab tertentu dan ada juga menyatakan kes tersebut bukan berpunca daripada kehilangan komputer peribadi. Kehilangan komputer peribadi dikatakan hanya lah sekadar untuk menutup kes yang sebenar berlaku. Tular juga satu ciapan yang menyatakan kes arwah Zulfarhan bukan isu buli.
Isu ini mula menular dalam kalangan pengguna Twitter apabila seorang gadis yang dikatakan merupakan teman wanita kepada salah seorang tertuduh melalui ciapan di Twitter seolah memberikan gambaran mengenai perkara sebenar yang berlaku.
“Kau tak nak tanya apa punca semua ni? Kau nak tahu perangai arwah macam mana sampai boleh jadi macam ni?” tulis gadis berkenaan di Twitter.
Gadis ini juga memberi maklum balas dengan satu ciapan yang menayangkan gambar-gambar pesalah dengan penyataan ‘Untuk yang lupa enam budak sial bersalah!’. Dia menyatakan kesalahan hanya dilihat pada si pelaku sahaja, tetapi orang ramai tidak tahu cerita di sebalik kes ini. Jika difikir logik katanya, seseorang takkan diusik jika tidak melakukan sesuatu perkara.
“Orang hanya akan nampak salah kat si pelaku je, tapi orang tak tahu cerita di sebalik kes ni. Fikir logik lah kalau orang tak usik kita, takkan kita nak usik orang kan? Yang tahu je tahu kisah sebenar.”
Ciapan yang dibuat oleh gadis itu telah mengundang kemarahan netizen. Rata-rata netizen menyelar tindakan tersebut dan menyatakan gadis tersebut tidak perlu membuat kenyataan tersebut setelah beberapa tahun kes tersebut berlalu.
Seorang netizen juga berkongsikan perbualannya dengan gadis tersebut melalui satu mesej di Twitter. Netizen ini menyoal tindakan gadis tersebut namun, gadis itu ingin menyatakan kedua-dua pihak bersalah dan ada sebab kejadian tersebut berlaku. Setelah tular mengenai isu ini, gadis tersebut dikatakan telah menutup akaun Twitternya.
Sumber: Twitter
Sumber: 'Kau tak nak tahu perangai arwah macam mana sampai boleh jadi macam ni?' - Tweet keruhkan keadaan, gadis ini dikecam netizen
0 Comments