“J4tuh cinta dengan Malaysia” – [Vide0] Pelajar-Pelajar Jepun Fasih Berbahasa Melayu Raih Pujian Netizen

Korang mesti kagum bila dengar orang dari negara lain fluent je bila bercakap dalam Bahasa Melayu, kan? Kalau orang Cina atau India kat Malaysia sendiri fasih berbahasa Melayu pun kita dah terpesona apatah lagi orang luar.

Semalam trending di media sosial kerana viral tentang sekumpulan pelajar-pelajar Jepun di University of Tokyo fasih berbahasa Melayu sehingga ramai yang tidak percaya bahawa mereka bukanlah orang tempatan Malaysia.

Menerusi video asal berdurasi 12 minit 27 saat yang dikongsikan oleh salah seorang pelajar Jepun dari universiti berkenaan di saluran YouTubenya iaitu Kouji Jepun. Dalam video itu, dia mengadakan sesi soal jawab bersama kawan-kawannya sepenuhnya dalam Bahasa Melayu.

Video:

Kesemua pelajar tersebut mengambil jurusan Bahasa Asing dan mengambil Bahasa Melayu sebagai pilihan mereka. Disebabkan itu, mereka berkongsikan beberapa pengalaman mereka sepanjang belajar bahasa ibunda kita.

Suka Malaysia ke?

Soalan yang pertama ditanya oleh Kouji kepada kawan-kawannya adalah “Suka Malaysia ke?” dan kesemua mereka suka dengan negara Malaysia kerana makanan yang sedap serta berbeza mengikut negeri.

Ada juga yang mengatakan bahawa mereka suka negara Malaysia kerana negara kita mempunyai pelbagai kaum dan juga budaya yang menjadi tumpuan orang ramai untuk mendalami budaya tersebut.

“Saya suka Malaysia kerana kebaikan hati orang Malaysia” – Pelajar Jepun

Bukan itu sahaja, mereka juga turut menceritakan pengalaman manis mereka sepanjang menjadi pelajar pertukaran di Malaysia dan malah ada yang pernah menetap di Malaysia bertahun-tahun lamanya!

Suka Bahasa Melayu dan fesyen wanita Melayu

Salah seorang pelajar Jepun yang ditemubual juga mengatakan bahawa dia meminati fesyen wanita Melayu kerana sering mengenakan baju yang sopan dan juga tudung yang mempunyai pelbagai gaya versatil.

“Saya suka tengok corak yang cantik dan comel, jadi saya sangat suka fesyen wanita Melayu” – Pelajar Jepun

Kouji juga ada bertanyakan kepada mereka kenapa berminat untuk mempelajari Bahasa Melayu walaupun banyak lagi bahasa asing yang lebih menarik untuk dipelajari.

Rata-rata memberitahu kerana tidak ramai yang mempelajari bahasa dari negara Asia Tenggara dan ada yang memberi jawapan tentang minat mereka untuk mempelajari Bahasa Melayu adalah kerana keindahan susunan dan juga kosa kata yang mudah untuk diikuti.

Pernah alami kejvtan budaya?

Sesiapa yang sudah terbiasa dengan gaya hidup dan juga budaya di tempat sendiri pasti akan mengalami kejutan budaya apabila ke negara lain untuk menyesuaikan diri, betul tak?

Jadi, persoalan ini ditanya oleh Kouji sebagai soalan terakhir kepada mereka kerana kesemua mereka pernah mengunjung dan menetap di Malaysia.

Rata-rata mengatakan mereka terkejut dengan cara mandi orang Malaysia kerana menggunakan air sejuk walaupun mandi di waktu pagi. Malah ada yang turut terkejvt dengan kekerapan orang Malaysia mandi kerana orang Jepun hanya mandi sehari sekali sahaja iaitu sebelum masuk tidur.

Jadi bualan warganet di Twitter

Susulan dari video yang dikongsikan di YouTube, Kouji juga ada membuat tweet tentang perkara yang sama dan perkara ini telah menjadi bualan orang ramai kerana mereka kagum dengan kefasihan mereka berbahasa Melayu.

Netizen juga memuji tentang penggunaan tatabahasa ketika bercakap kerana mereka sendiri tidak begitu mahir untuk menggunakan tatabahasa yang betul ketika berbahasa Melayu dan pelajar-pelajar Jepun perlu dijadikan sebagai contoh untuk menguasai Bahasa Melayu.

Kat hujung video tu, Kouji macam ada tanya kat kawan-kawan dia pasal jodoh orang Melayu… Tapi korang kena tunggu lah sebab itu next video dia… Nanti dah keluar, kita tengok okay? Hihi…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Lobak Merah



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...