Hidup tak lengkap jika tak mengopi, sanggup ke luar negara demi cari kopi… wanita ini tinggalkan bisnes untuk jadi barista di kafe

TIADA istilah ‘terlambat’ bagi mana-mana individu yang mahu mengejar impian serta minat mereka.

Begitu juga dengan wanita ini yang akhirnya bergelar sebagai barista pada usia 25 tahun biarpun tidak memiliki sebarang pengalaman dalam cabang kerja berkenaan.

Menurut Nur Alia Syahirah Rahim yang juga penggemar kopi sejak sekian lama, hidupnya bagaikan suram jika tidak dapat menghirup minuman beraroma itu.

Alia sanggup ke luar negara untuk meneroka rasa kopi yang berbeza.

“Saya tiada pengalaman sebagai barista. Sebelum ini saya mengusahakan perniagaan peanut butter. Tapi selepas p4ndem1k C0vldl9, bisnes pun tak berapa jalan.

“Jadi saya cuba cari kerja lain. Saya mohon bekerja dengan sebuah kafe dan bermulalah perjalanan saya sebagai barista sejak sembilan bulan lepas.

“Sebelum ini saya hanyalah penggemar kopi. Saya juga pergi ke Korea, Indonesia dan Singapura semata-mata nak cari kopi.

“Setiap hari memang saya kena minum kopi. Walau macam mana sekali pun, tetap kena cari kopi. Pagi masuk kerja, benda pertama saya cari mesti kopi,” ujarnya kepada mStar.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Senang disapa Alia, wanita dari Terengganu itu mengakui kerjaya sebagai barista ada cab4rannya yang tersendiri.

Namun katanya, dia perlahan-lahan cuba menyesuaikan diri dan turut berhasrat mengusahakan kafe sendiri, suatu hari nanti.

Saya harap, lebih ramai perempuan akan menceburi bidang kerja sebagai barista.

ALIA

“Awalnya ada juga perasaan t4kut nak cuba. Pada bulan pertama dan bulan kedua, lukisan yang saya hasilkan di atas permukaan air kopi (latte art) juga agak tervk. Ada yang senget, ada yang bulat, ada juga yang macam-macam lengkuk.

“Dalam tiga bulan pertama saya cuba belajar. Pada masa sama, saya tengok rujukan barista-barista luar negara seperti Indonesia. Ia memang berbeza dengan kerja yang saya buat sebelum ini. Tapi saya tetap nak cuba. InsyaAllah, saya juga nak buka kafe sendiri nanti,” ujarnya lagi.

alia6

Antara kopi yang dihasilkan Alia.

Sejak tiga bulan lalu, video-video Alia menghasilkan kopi juga mula meraih perhatian netizen di aplikasi TikTok.

Selain memuji kemahirannya membuat kopi, Alia yang bekerja dengan sebuah kafe di Terengganu turut menerima banyak soalan mengenai minuman itu.

“Saya tak pernah target untuk dapatkan perhatian orang ramai. TikTok itu sekadar untuk saya kongsi pengalaman, pada masa sama ia jadi rujukan untuk saya lihat perjalanan diri dari awal bergelar barista.

alia 5

Alia banyak berkongsi video di aplikasi TikTok.

“Tapi bila baca komen-komen netizen, mereka kata seronok tengok apa yang saya hasilkan, sudah tentu saya gembira. Banyak juga soalan yang saya terima. Doakan dipermudah urusan saya nak buka kafe suatu hari nanti,” ujarnya lagi.

Pada masa sama, Alia juga berharap lebih ramai kaum hawa akan menyertai bidang itu.

“Setahu saya, kat Malaysia kurang barista perempuan. Saya harap, lebih ramai perempuan akan menceburi bidang kerja sebagai barista.

“Kalau betul-betul minat, kita kena beranikan diri untuk cuba benda baharu,” ujarnya yang turut menjadikan filem Indonesia berjudul Filosofi Kopi sebagai inspirasi dalam cabang kerja itu.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...