Hebat! Umur 5 tahun tapi ber4ni meluncur ombak, baru belajar tapi gaya macam dah lama surfing… agaknya apa r4hsia si cilik tak t4kut air

USIA tidak menjadi penghalang untuk setiap individu mengejar minat dan cita-cita mereka.

Begitu juga dengan Idris Mustaffa, 34, yang mula membabitkan diri dalam aktiviti meluncur ombak sejak setahun lalu.

“Sebelum ini saya memang minat permainan ekstrem. Masa belajar dulu, saya pernah cuba wall climbing, rock climbing, daki gunung dan macam-macam lagi.

Idris bersama isteri dan anak-anaknya.

“Surfing pula saya baru cuba tahun lepas. Dah lama saya cari komuniti surfing di Malaysia. Mereka dah lama ada, cuma mungkin tidak begitu menonjol.

“Jadi bila dah jumpa komuniti itu, saya pergi belajar dulu. Selepas beberapa sesi, baru saya beli papan luncur ombak,” ujarnya kepada mStar.

Menurut bapa kepada tiga cahaya mata itu, aktiviti berkenaan bukan sahaja memerlukan kekuatan fizikal, malah ia turut berkait dengan mental seseorang individu.

Jelasnya lagi, dia juga takut pada awalnya, namun minat yang mendalam menjadi kekuatan untuk dia terus mencuba.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Surfing memerlukan dua kekuatan iaitu ment4l dengan fizikal. Biasanya bila kita ke pantai, kalau nampak ombak besar, kita tak akan bermain di pantai.

“Tapi situasi berbeza bila dah sertai aktiviti ini. Lagi besar ombak, lagi kita nak masuk. Mula-mula main, memang t4kut. Ris4u ditarik ombak.

Sebenarnya sejak kecil saya dah latih mereka dengan air, selalu bawa main di kolam renang.

IDRIS

“Tapi saya belajar. Pada masa sama, kena ada keberanian. Agak susah sebenarnya, tapi bila cuba, baru saya rasai sendiri,” ujarnya lagi.

Selain dirinya, Idris turut memberi pended4han kepada anak-anaknya untuk berjinak-jinak dalam sukan tersebut.

Salah satu video memaparkan Idris bersama anaknya, Ulya yang berusia lima tahun sedang meluncur ombak di sebuah pantai di Terengganu turut meraih hampir 200,000 tontonan di TikTok.

idirs4

Anak sulungnya, Aula turut dilatih untuk meluncur ombak.

Selain Ulya, anak sulungnya iaitu Aula yang berusia tujuh tahun turut diberi pended4han sama sejak tahun ini.

“Saya sendiri baru dua season main surfing. Season bermaksud monsun, kiranya ini monsun kedua saya meluncur ombak.

“Anak-anak baru belajar tahun ini. Nampak macam mereka selesa dengan ombak. Sebenarnya sejak kecil saya dah latih mereka dengan air, selalu bawa main di kolam renang.

Rakaman yang meraih hampir 200,000 tontonan di TikTok.

“Tapi apabila melibatkan anak-anak, ia bukan perkara main-main. Saya kena tahu kawasan laut tu macam mana. Sama ada ia landai atau sebaliknya. Kena kaji tempat itu.

“Ada banyak tempat untuk surfing di Terengganu, tapi tak semua tempat saya bagi anak-anak turun untuk surfing,” ujarnya lagi.

Mengenai dirinya, Idris sebelum ini menetap di Kajang, Selangor dan baru berpindah ke Terengganu pada bulan lepas.

Sebelum ini dia pernah bekerja sebagai jurutera perisian dan turut menawarkan perkhidmatan berkaitan pakej pelancongan, namun kini sudah berhenti dan menjalankan perniagaan di Terengganu.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...