Hampir lima tahun bergelar ibu tunggal, Nora Ariffin sah akhiri zaman solo tahun ini

Selepas hampir lima tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi, Datuk Nora Ariffin, 48, atau nama sebenarnya Wan Noraafiza Datuk Ariffin berkongsi yang dirinya bakal melangsungkan perkahwinan tahun ini.

Tanpa mended4hkan tarikh hari bahagianya itu beliau memberitahu, bersedia berkongsi dengan peminat apabila tiba waktunya nanti.

“Benda baik buat apa nak sorok. Doakan yang baik-baik. Benda baik tak perlu dilambatkan dan perlu dipercepatkan.

“Bila masa sesuai saya akan beritahu. Tunggulah nanti. Anak-anak ok… Alhamdulillah, mereka berlapang dada menerima dengan hati terbuka,” katanya kepada media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Yayasan Sofa Negeri Sembilan di sini pada Khamis.

Menurut Nora, selepas melalui pelbagai fasa ujian dalam kehidupannya, mereka sekeluarga kini mahu mengecapi bahagia dan mahukan kehidupan sebuah keluarga yang lengkap.

Bercerita mengenai bakal suaminya, Nora berkata, beliau mengenali lelaki itu ketika p4ndem1k C0vldl9.

Jelasnya, lelaki yang telah berjaya mencvri hatinya itu juga bukan orang politik dan kemungkinan seorang pendidik.

“Kita pun bukan budak-budak muda, banyak benda perlu dipertimbangkan dan lebih memikirkan masa depan,” katanya.

Untuk rekod, Nora kem4tian suaminya komposer Johan Nawawi pada tahun 2017 akibat ser4ngan j4ntung.

Selain itu, Nora yang kini kembali aktif menyanyi berkongsi yang beliau akan mengeluarkan lagu baharu tahun depan.

“Konsep lagu masih dalam perbincangan. Kita tak mahu terburu-buru, lagi pun kita baru nak ‘recover’ balik.

“Tapi ia lebih kepada tema kebaikan. Lagu berunsur d4kwah itu tak semestinya lagu ketuhanan. Saya pun dah penat nak sed1h-sed1h,” katanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Sinar Harian



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...