“Doakan yang baik-baik,” – Janna Nick, Dini Schatzman ber4hsia soal kahwin

 Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, Janna Nick belum sedia berkongsi perancangan melangkah ke fasa seterusnya dalam perhubungan dengan pelakon, Dini Schatzman.

Ditanya apakah Janna merancang menjalin ikatan suci bersama Dini selepas ABPBH 34, Jana berkata, perkara itu menjadi r4hsia mereka.

“R4hsia… Sampai masa kita akan beritahu. Doakan yang baik-baik,” katanya pada sidang media virtual pada ABPBH 34 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) di sini, malam tadi.

Selain trofi utama Bintang Paling Popular, Janna mengungguli kategori Pelakon Filem Wanita Popular dan Pengacara TV Popular, malam tadi.

Sementara itu, Dini yang menemani Janna mengaku bangga dengan pencapaian kekasih hatinya itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Dini menganggap Janna layak menang kerana kekasihnya itu bersungguh-sungguh dalam setiap kerja dilakukan.

“Saya bangga dengan Janna. Dia ada pesona sebagai pengacara, tidak kiralah ketika mengendalikan program hiburan Melodi atau program membanteras COVID-19.

“Kedua-dua tugas itu dilaksanakan dengan cukup baik sekali,” katanya yang bertindak sebagai juruvideo dan penata rias teman wanitanya itu, malam tadi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Sementara itu, penampilan pasangan itu pada segmen karpet merah meraih perhatian netizen apabila masing-masing memakai topeng penuh.

Janna tampil dengan inspirasi gaya Kim Kardashian pada acara fesyen tahunan tersohor, MET Gala di New York, Amerika Syarikat (AS), September lalu, manakala Dini menggayakan sut rona hitam dengan topeng memaparkan angka enam.

Pelayar Twitter melabelkan pasangan itu sebagai Kim K dan Squid Game versi Malaysia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Berita Harian



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...