Dianugerah Pangkat ‘Datuk’, Netizen Puji Nicol David Anggun Berbaju Kurung & Bersanggul Masuk Istana Negara

Penampilan legenda skuasy negara, Datuk Nicol Ann David yang berbaju kurung ungu dan rambut rapi bersanggul ketika istiadat menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021 di Istana Negara pada Selasa mendapat pujian netizen.

Ada yang menyifatkan penampilan Nicol tampak eksklusif sesuai dengan penganugerahan yang baru diterimanya.

Terus dihujani komen positif dan ucapan tahniah dari netizen, Nicol juga merupakan individu yang layak untuk menerima darjah kebesaran itu.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa berkenan mengurniakan Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran ‘Datuk’ kepada Nicol.

Nicol, 38, adalah antara 12 penerima PJN pada sesi kedua istiadat Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021 bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nicol David (@nicoldsquash)

Turut berangkat ke istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Isitiadat itu berlangsung dalam keadaan norma baharu susulan w4bak C0VlDl9 dengan tetamu yang hadir perlu memakai pelitup muka, disaring suhu badan dan mengimbas kod QR MySejahtera di balai keselamatan Istana Negara.

Para petugas di Istana Negara turut memakai pelitup muka dan kerusi di Balairong Seri disusun berdasarkan penjarakan fizikal seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan.

Menerusi tatacara panduan penerima Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Persekutuan, Bintang-Bintang dan Pingat Persekutuan, penerima pingat bukan Melayu wanita dibenarkan berpakaian kebangsaan masing-masing atau pakaian yang bersesuaian yang panjangnya tidak kurang dari paras bawah lutut.

Selain itu, penerima pingat perlu berkasut penuh menutup jari kaki.

Manakala, penerima pingat Melayu wanita perlu berbaju kurung atau kebaya labuh, berselendang (kecuali yang bertudung) dan berkasut penuh menutup jari kaki.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Gempak



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...