“Dah Besar Jadi Kawan Ye,” – Lisdawati Kongsi Foto Fauzi Nawawi Pangku Cucu Sulung & Wajah Anak Bongsu Mereka

Pelakon Lisdawati ada berkongsi foto suami tersayang yang juga aktor, Fauzi Nawawi yang sedang memangku cucu pertamanya.

Lebih menarik, pelakon drama bersiri R1ndu Awak Separuh Ny4wa itu juga memuat naik foto anak bongsu mereka.

“Alhamdulillah… cucu pertama ‘ Wan dan Cik Yang’. Happy nyer Wan, ‘vs’ swipe anak bongsu Wan. Dah besar jadi kawan ye,” tulisnya.

Perkongsian tersebut buat Lisdawati menerusi Instagram baru-baru ini sekaligus menerima ucapan tahniah dari peminat. Malah tak kurang yang menitipkan rasa syukur dengan khabar yang dikongsikannya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lisdawati (@lisdawati15)

Terdahulu, Fauzi menerusi Harian Metro sebelum ini menyatakan rasa terujanya kerana merima dua orang cucu dalam tempoh sebulan.

Anak sulungnya, Nurul Hainil melahirkan bayi perempuan yang dinamakan Yasmin pada 27 September lalu.

Sementara pada 26 Oktober pula, Fauzi dikurniakan cucu kedua apabila anaknya yang juga penyanyi, Fareez bergelar bapa selepas isterinya, Nurwathiqah Abdul Wahab melahirkan bayi lelaki diberi nama Farrel.

Menurut Fauzi, dia juga gembira apabila bergelar datuk dan keluarganya semakin besar.

“Memang teruja sangat sekarang sudah ada dua cucu. Nasihat saya kepada Fareez, anak itu adalah amanah dan menjadi penguat semangat untuk terus maju dan pandang hadapan,” katanya seperti yang dipetik.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: MH



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...