‘Struggle’ baru nak belajar main golf, wanita ini tak sangka perlu juga h4dap k0men pengkr1tik selepas kongsi video di media sosial

“Pukvlan yang baik!”

Itulah salah satu komen warga TikTok terhadap video yang menunjukkan seorang g4dis yang sedang memvkul bola golf.

Video-video bermain golf yang dimuat naik oleh g4dis berkenaan sering meraih tontonan tinggi di platform tersebut dan turut dibanjiri dengan pelbagai komen pujian dan krit1kan malah tidak kurang juga yang mengajar cara-cara untuk memperbaiki pukulannya.

Lissa merakam videonya kerana mahu melihat perkembangan prestasi pvkulannya.

Bercerita kepada mStar, Iman Lissa Shafiqa Zainal Ariff, 25, memberitahu bahawa tujuan dia memuat naik video bermain golf di TikTok hanya sekadar mahu melihat perkembangan prestasi dan pvkulannya.

Walaupun sering menerima krit1kan daripada warganet, namun ada juga yang memberi tunjuk ajar dan tip sukan golf kepadanya di ruangan komen.

“Tujuan saya post video tu di TikTok ni sebenarnya nak lihat progres bermain golf je, tak terlintas langsung yang ia akan menjadi tatapan ramai.

“Ramai juga yang suka tengok saya bermain dan ada yang berkongsi tip dan teknik hayunan. Tapi saya pun tidak terlepas daripada menerima krit1kan tentang cara pvkulan dan lain-lain lagi.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Apa-apa pun saya menerimanya dengan hati yang terbuka, cuba untuk ambil mana yang baik dan abaikan yang mana tidak elok,” katanya yang menetap di Rawang, Selangor.

Lebih mesra disapa Lissa, katanya, dia mula berjinak-jinak dalam sukan golf sejak Julai lalu bersama rakan serumahnya, Nadiah Shazwani Norriman juga berusia 25 tahun.

Dia mempelajari ilmu tentang sukan golf ini daripada rakan kepada Nadiah yang berusia 50 tahun dan mempunyai pengalaman bermain golf selama 30 tahun.

“Saya masih lagi baru dalam sukan golf ni, mula belajar bermain sejak Julai lalu. Alhamdulillah semakin hari semakin banyak perkara yang saya dapat belajar.

“Selalunya saya akan main golf di MST Bukit Jelutong, Bukit Raja Klang dan Range Puncak Alam. Untuk Bukit Raja dan Bukit Jelutong mereka caj RM10 untuk 100 biji bola, manakala di Range Puncak Alam pula RM10 untuk 80 biji bola.

“Mula-mula main dulu saya berdua je dengan housemate tapi lepas tu kami belajar dengan kawan dia yang saya panggil Abang Jaslan. Dia ajar cara grip kayu golf, berdiri, swing, etiquette golf dan Abang Jaslan jugalah yang bagi pinjam golf set untuk berlatih.

IMG_9802

Lissa (gambar kanan) mula bermain golf dengan rakan-rakannya sejak Julai lalu.

“Rasa m4lu tu memang ada sebab kiri kanan semua orang boleh pvkul elok je, bila tiba giliran saya pvkul mesti ada yang tak kena. Bola tak pergilah, bola melelonglah.

“Tapi bila dah banyak kali pergi driving range, saya dah tak rasa tak kek0k atau m4lu sebab situ adalah tempat untuk kita berlatih. Jadi tak perlu pun rasa m4lu, Dari kesilapanlah kita belajar untuk perbaiki diri,” katanya yang bekerja sebagai penganalisis sumber manusia di sebuah syarikat di Rawang.

Anak sulung daripada tiga beradik ini berkata sukan golf ini agak menc4bar dari segi ment4l kerana setiap kali pemainannya adalah berbeza.

Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, setiap pukulan juga perlu dirancang dengan teliti kerana ia akan menentukan pergerakan bola tersebut.

“Golf merupakan sukan yang memberi cab4ran berbeza dalam setiap permainan dan lapangan, setiap course yang kita main cab4rannya berbeza-beza. Tetapi golf adalah sukan yang sangat menc4bar ment4l kita

“Sebab kalau bermain di padang golf, cuaca tak selalunya indah. Kadang panas terik, kadang hujan dan boleh buat orang hilang fokus.

“Setiap pvkulan dalam golf ni memerlukan 110 peratus fokus, tak sama macam sukan lain. Sebab golf cuma ada satu shot sahaja and every shot counts.

Sebenarnya saya pun ni bukanlah aktif mana, tapi bersukan demi kesihatan.

IMAN LISSA SHAFIQA ZAINAL ARIFF

“Tapi yang menjadi cab4ran utama ialah jika tersilap sedikit sahaja ia akan mempengaruhi keseluruhan permainan kita. Masa mula-mula main golf tu rasa s4kit bahu, jari dan tangan kanan mel3cet. Tapi semua itu normal pada peringkat awal, lama-lama akan okay,” ujarnya.

Lissa juga mengakui bahawa dia bukanlah seorang yang minat bersukan, tetapi lebih kepada mahu menjaga kesihatan.

Bagaimanapun, g4dis ini berharap lebih ramai golongan muda terutama kaum hawa untuk menjadikan golf sebagai salah satu aktivit riadah mereka.

“Sebenarnya saya pun ni bukanlah aktif mana, tapi bersukan demi kesihatan. Jika ada masa terluang terutamanya di hujung minggu, saya akan buat aktiviti fizikal seperti bermain golf, berbasikal, mendaki bukit atau joging.

IMG_9806

Selain golf, Lissa juga suka melalukan aktiviti lain seperti mendaki bukit dan berbasikal.

“Saya sangat menggalakkan masyarakat di luar sana untuk mencuba sukan golf ni terutama sekali golongan wanita. Sebab golf tak sesusah yang disangka kalau kita gunakan teknik yang betul.

“Tapi pastikan ada orang yang pandai untuk mengajar ya! Sebab golf is about technique, strategy and etiquette,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...