“Rider sangka ofis yang order, ” Ának gembira banyak air boba kegemaran dihantar ke rumah selepas ‘hij4ck’ telefon ibu, mal4ngnya tetap dapat 1 cup je!

Kata orang ‘usaha itu tangga kejayaan’ dan kegigihan anak istimewa ini berusaha untuk ‘hij4ck’ telefon bimbit ibunya demi memesan air minuman kegemarannya akhirnya membuahkan hasil.

Bukan satu, tapi 17 cawan air berperisa Original Milk Tea berjaya dipesan Muhammad Firas Afi Anaqi Mohd Faizal, yang berusia tujuh tahun.

Lala bersama anak sulungnya, Afi.

Berkongsi kisah ‘lucu-ser4m’ itu, ibunya Latifah Mamat yang lebih mesra dipanggil Lala berkata kejadian berlaku pada 5 September lalu.

Menurut Lala yang juga seorang guru, dia sedang memasak di dapur apabila dia terdengar bunyi hon di hadapan rumahnya.

“Masa tu akak tengah masak di dapur, handphone akak tengah charge di ruang tamu.

“Afi ada dekat ruang tamu masa tu, tiba-tiba Foodpanda hon depan rumah.

“Akak cakap akak tak ada order air tapi bila tengok alamat memang alamat rumah akak,” katanya yang menetap di Pasir Gudang, Johor.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Menjangkakan bahawa ia mungkin ‘kerja’ anaknya, Afi yang mengh1dap aut1sme serta speech delay, Lala p4srah dan keluar untuk mengambil minuman tersebut.

Namun, jelasnya dia sedikit hairan melihat rider berkenaan asyik ulang alik beberapa kali dari motor ke meja tempat air tersebut diletakkan.

“Akak memang terkejvt tapi akak boleh jangka sebab sebelum ni Afi pernah cuba order air guna apps Foodpanda cuma tak pernah berjaya sebab akak letak setting bayar secara online, tapi kali ni akak check handphone memang ada order.

“Jadi akak keluar je ambil air tu tapi agak pelik sebab rider tu ulang alik dari motor ke meja letak air.

“Akhirnya, nah ada 17 cup dengan bayaran RM149.60,” katanya, sambil menambah anaknya berjaya menukar mod pembayaran kepada ‘tunai’.

Sebahagian daripada air yang dipesan Afi.

Menurut Lala, rider yang menghantar pesanan tersebut turut terkejut kerana menyangka pesanan tersebut dibuat oleh sebuah pejabat.

“Dia cakap dia ingatkan office yang order sebab banyak, dia pesan lain kali boleh cancel order tapi saya jawab saya tak perasan order tu jadi tak sempat nak batalkan,” jelasnya.

Afi tak faham pun apa dia buat tu salah jadi akak okay je tak la nak m4rah dia, tapi dia sangat happy dengan air boba yang banyak tu.

LATIFAH MAMAT

Menurut Lala, anak sulung daripada dua beradik itu memesan 17 gelas air berperisa original milk tea yang juga merupakan minuman kegemarannya.

“Air tu memang kegemaran dia, milk tea dengan boba tapi akak jarang bagi minum sebab air manis tak elok untuk kanak-kanak,” jelasnya.

Afi (dua dari kanan) adalah kanak-kanak aut1sme dan mempunyai mas4lah speech delay.

Menurut Lala, rezeki tersebut turut dikongsikan dengan jiran-jiran.

“Afi tak faham pun apa dia buat tu s4lah jadi akak okay je tak la nak m4rah dia, tapi dia sangat happy dengan air boba yang banyak tu.

“Akak bagi 10 cup pada jiran-jiran, satu untuk akak, satu untuk abah Afi, Afi satu cup, dua untuk abang J&T yang hantar barang hari tu lagi dua simpan dalam peti sejuk,” katanya.

Afi menikm4ti air yang dipesannya.

Menurut Lala, selepas kejadian itu Afi masih tidak berpvtus asa serta cuba untuk mengulangi pesanan tersebut.

“Selepas kejadian akak terus lock dan letak password pada apps tu.

“Sampai hari ni Afi masih nak order air tapi tak dapat sebab tak tahu password,” jelasnya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar



via Sinar Viral Network

Post a Comment

0 Comments

loading...